Perkahwinan pakar pelaburan saham, pengurus kewangan bertauliah dan penganalisis ekonomi, Datuk Dr Mohd Nazri Khan Adam Rasol Khan (DDNK), 47 dan pasangannya Tuan Nor Ernie Rossmeris Tuan Zahari, 25 sememangnya menjadi perhatian netizen.
RAKAMAN VIDEO ISTERI DDNK LUAH PERASAAN ADA DI BAWAH SEKALI
Selepas perkahwinannya dihadiri barisan rakan artis, kenyataan dari bekas isteri turut mencuri tumpuan selepas dikatakan berpisah setelah melayari bahtera rumah tangga selama 20 tahun.
Namun begitu, menerusi temu bual selepas majlis perkahwinan kali kedua pakar pelaburan saham itu, isteri barunya telah menafikan dakwaan dia menerima lelaki dengan jarak usia 22 tahun sebagai suami kerana harta.
Menerusi perkongsian dari Astro Gempak, Datin Tuan Nor Ernie Rossmeris memaklumkan pada awalnya dia tidak mengenali DDNK dan suaminya juga tidak mengakui dirinya sebelum Datin Ernie mencari nama lelaki itu di carian Google.
Tambahnya, walaupun ada sahaja yang menuduhnya sebagai mata duitan, namun dia menyatakan kesungguhan suaminya itu yang membuatkan dia jatuh hati walaupun telah beberapa kali ditolak.
Bagi DDNK pula, dia sama sekali tidak kekok untuk bergaul dengan isterinya walaupun jarak usia mereka terlalu jauh. Tambahnya, dalam temu bual bersama majalah Pesona Pengantin, sikap manja wanita tersebut membuatkannya semakin jatuh hati.
“Isteri sangat manja, dia pelajar, dengar cakap dan mudah dibentuk. Jadi saya rasa macam ada satu pengecualian dalam hidup saya sebagai orang korporat. Apabila jumpa dia, kami tak bincang mengenai dunia korporat. Jadi, ia lain daripada kehidupan saya.
“Pada mula saya tengok dia, saya suka dia sebab kelembutan dimiliki dan dia manja. Kami macam ada keserasian terus dan tak rasa saya ni macam orang tua. Bagi saya, beza umur ni tak ada masalah dari awal berkenalan,” ujarnya.
Terdahulu, perkahwinan DDNK dengan isteri barunya menjadi kontroversi apabila bekas isterinya memuat naik perkongsian di Facebook dengan mengucapkan tahniah diatas perkawinan bekas suami dan pasangannya yang dikatakan bernikah di Thailand.
Namun begitu, belum ada sebarang kenyataan balas daripada pakar saham terbabit yang dilihat masih menikmati hari-hari sebagai pengantin baru bersama isteri barunya.
Isteri kepada Datuk Dr Mohd Nazri Khan iaitu Datin Tuan Nor Ernie Rossmeris tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang mencerobohi privasinya.
Menurut wanita berusia 25 tahun itu, ia termasuk fitnah dilemparkan orang ramai dipercayai selepas dia selamat berkahwin dengan pakar saham tersebut pada 9 September lalu.
‘Amaran’ tersebut dimaklumkan menerusi laman Instagram miliknya dengan memuat naik dua posting InstaStory berbentuk tulisan, malam tadi.
“Tolong hormat gambar dan privacy saya. Saya akan ambil tindakan yang wajar jika gambar saya disalah gunakan…
“Termasuk segala fitnah yang disebarkan. Terima kasih,” tulisnya.
Sebelum ini, Ernie menafikan dia berkahwin disebabkan wang ringgit sebaliknya kagum dengan sikap suami yang tidak berputus asa dalam usaha menambat hatinya.
Terdahulu, kisah Mohd Nazri atau lebih dikenali sebagai DDNK mengundang perhatian warganet apabila kembali bergelar suami selepas berpisah dengan isteri pertama.
Dia yang popular menerusi tagline ‘Tak Handsome Tak Apa Janji Kaya’ di corong-corong radio kemudian diraikan dalam sebuah majlis di di hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur pada Sabtu.
Memetik laporan media, pakar saham berusia 47 tahun itu mula mengenali isterinya ketika menyampaikan satu ceramah di sebuah universiti tahun lalu sebelum ke fasa lebih serius.
Tindakan penyanyi rap, Caprice yang dilihat bertemu pengantin baharu iaitu Datuk Dr Mohd Nazri Khan dan isterinya Datin Tuan Nor Ernie Rossmeris menarik perhatian netizen.
Menerusi sebuah video di laman Instagram, Caprice mengakui buntu bagi menasihati pakar saham itu dan isterinya berhubung kontroversi dilalui pasangan tersebut baru-baru ini.
“Perampas? Cap jam (buntu) tak tahu macam mana nak nasihat.. @ernierossmerie_ and @datodrnazrikhan.official,” tulis Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli pada ruangan kapsyen.
Berdasarkan video dikongsi, Ernie dilihat meluahkan kekecewaan apabila dituduh sebagai perampas selepas berkahwin dengan Nazri atau popular dipanggil DDNK pada Jumaat lalu.
Menurut wanita berusia 25 tahun itu, mengapa segelintir individu mempersoalkan mengenai jodohnya yang sudah ditakdirkan menjadi pasangan kepada pakar saham berkenaan.
“You tau tak Caprice, dorang cakap I perampas. I tak boleh terima itu semua. Kenapa nak persoalkan tentang jodoh. Macam mana I nak tolak?
“Pastu dorang cakap I ‘tak cantik takpe, janji manja’. Jadi Caprice.. macam mana you handle semua ni?,” katanya sambil ditenangkan oleh isteri Caprice, Farra Innalis.
Difahamkan, Caprice cuba berkongsi tips dalam berdepan tohmahan orang ramai kepada DDNK dan isteri tetapi video berkenaan berhenti setakat itu sahaja.
Menjengah di ruangan komen, netizen meninggalkan pelbagai reaksi selain bertanya ‘drama’ apa pula ingin disampaikan yang dilihat seperti lakonan pula.
Terdahulu, DDNK yang popular menerusi tagline ‘Tak Handsome Tak Apa Janji Kaya’ kembali bergelar suami kira-kira selepas setahun berpisah dengan isteri pertama.
Tonton Video : SILA KLIK DI SINI
Sumber: Instagram Caprice