Luna Maya

Rakaman kemalangan Wira terbabas rempuh Myvi, Noorazimah meninggal dunia di hospital. Salam takziah buat keluarga

KLUANG – Seorang wanita yang juga isteri anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang maut dalam kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di Kilometer 86.5, Jalan Kota Tinggi-Kluang di sini semalam.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, kejadian pada pukul 4.40 petang itu menyebabkan mangsa yang memandu kereta jenis Perodua Myvi, Noorazimah Ismail, 40, meninggal dunia.

Menurutnya, mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan badan sebelum disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang.

“Seorang lagi mangsa yang memandu Proton Wira, lelaki berusia dalam lingkungan 40-an parah di kepala dan muka kini dirawat di hospital sama.

Hasil siasatan mendapati pemandu wanita dalam perjalanan dari arah Kota Tinggi menuju ke bandar Kluang bertembung dengan kenderaan dipandu lelaki berkenaan yang datang dari arah bertentangan.

“Kemalangan dipercayai berpunca daripada kereta dipandu lelaki tersebut masuk ke laluan pemandu wanita sebelum bertembung,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Luahan dari pembaca :

Pagi ini saya telah melawat En. Nezam Abd Rahman, suami kepada mangsa kemalangan maut (Pn. Noorazimah Ismail) yang berlaku di Jalan Kota Tinggi semalam. Saya bersama En. Fauzi, Ketua Balai Bomba Kluang. En. Nezam merupakan anggota Bomba Kluang.

Pemergian isteri yang tercinta secara mengejut seperti ini semestinya amat perit untuk En. Nezam dan keluarga. Sayu saya melihat En. Nezam dan anak-anaknya. Kehilangan ahli keluarga amat menyedihkan.

Rakan-rakan, tolong memandu dengan cermat. Kita tidak mahu lagi melihat sebarang kemalangan berlaku di atas jalanraya lebih-lebih lagi menyebabkan kematian.

Sekali lagi, salam takziah buat En. Nezam dan keluarga.

JENAZAH ALLAHYARHAMAH NOORAZIMAH BINTI ISMAIL (Mangsa Kemalangan Petang Tadi) TELAH SELAMAT DIKEBUMIKAN DI TANAH PERKUBURAN KAMPUNG MELAYU.

SALAM TAKZIAH BUAT AHLI KELUARGA MANGSA, SEMOGA TABAH MENGHADAPI DUGAAN INI.AL FATIHAH

Tonton Video Kejadian : SILA KLIK DI SINI

Salam takziah diucapkan buat seluruh keluarga dan rakan kenalan arwah. Semoga tabah menghadapi dugaan ini. Alfatihah..

Sumber kosmo, media sosial

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Ya. Anda Juga Boleh Membaca Artikel Menarik Di Bawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *