Luna Maya

Nama sering kena petik jadi bahan lawak, peguam cadang Iqbal saman pelawak. Sekali ini tindakan dia

USAHAWAN Iqbal Zulkefli memberitahu pernah dinasihatkan untuk mengambil tindakan undang-undang apabila namanya sering dijadikan bahan jenaka oleh pelawak ketika mengadakan sketsa atau persembahan pentas dalam sesebuah pertandingan.

“Mereka semua akan jadi kawan saya nanti,” katanya.

Iqbal berkata demikian sebagai menjawab salah satu soalan diajukan pengikutnya menerusi ruangan Ask Me a Question di Instagram miliknya.

“Saya teringin nak sertai program lawak jika diberi peluang. Perli dan mengata saya itu, saya tidak marah,” ujarnya.

Sementara itu, menjawab soalan lain tentang dirinya sering menerima komen jelik, Iqbal menjelaskan ia tidak memberi kesan kepadanya malah sudah kebal dengan situasi itu.

“Saya kebal sikit orangnya, susah nak terasa hati dengan kata-kata orang.

“Tetapi saya akan terus block orang yang tinggalkan komen berlebihan serta tiada adab selain menipu dan menyakiti orang di sekeliling saya,” katanya.

“Nak masuk dunia selebriti, hati kena kental. Apalah sangat isu nama dipetik dan disenda. Bak kata pepatah, ‘kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai’. Lawyer pon, bg lah nasihat2 yg bernas.” – Azmi Atan

“Maaf cakap ya dek Iqbal,bila org sebut nama Makna nya org suka.Jangan la anggap ia satu sindiran dek.Lawyer Akan bagi mcm2 Cadangan YG Bawa hasil pada mereka.Anggap ia sebagai promo utk product Iqbal.Dapatkan Peminat Dan Jangan Cari musuh.InsyaAllah ALLAH Kan Permudahkan Urusan Dek Iqbal.” – Fatimah

Sumber Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *