Luna Maya

“Cari sampai dapat..” Nizam Samsudin meninggal dunia motosikal dirempuh kereta. Salam takziah buat keluarga

SUNGAI PETANI: Seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) maut, manakala rakan sekerjanya patah kaki kanan apabila dua motosikal berkuasa tinggi ditunggang mereka terbabit kemalangan dipercayai langgar lari di Kilometer (KM) 83.4 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) menghala utara, hari ini.

RAKAMAN ADA DI BAWAH SEKALI

Mangsa yang juga Timbalan Penolong Pengarah Imigresen, Muhammad Nizam Samsudin, 46, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati kedua-dua penunggang motosikal itu bertugas sebagai pegawai Imigresen di Depoh Imigresen Sementara Sungai Bakap, Pulau Pinang.

“Kita juga sedang mengesan pemilik kereta yang didakwa terbabit dalam kemalangan itu. Hasil siasatan awal mendapati pemandunya dipercayai melarikan diri,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, dan orang ramai yang mempunyai maklumat atau menyaksikan kejadian itu diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

SUNGAI PETANI – Polis mengesan pemandu kereta jenis Proton Wira Aeroback yang disyaki terlibat dalam kejadian langgar lari yang mengakibatkan seorang pegawai imigresen maut di Kilometer 83.4 Lebuh Raya Utara-Selatan di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, pemandu kereta itu dipercayai melarikan diri sejurus kejadian dan belum tampil membuat laporan polis.

“Kereta berwarna perak itu dikesan melalui rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di Plaza Tol Gurun.

“Kita sedang meneliti dan menyemak nombor pendaftaran kereta untuk mengetahui sama ada pemiliknya sendiri atau individu lain yang
memandu semasa kejadian,” katanya di sini hari ini.

Beliau pada masa sama meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan pemandu dan kereta itu supaya menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Juzaili Ismail di talian 019-5586668.

“Orang ramai juga boleh menghubungi Pejabat Pertanyaan Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kuala Muda di talian 04-4232222 untuk membantu siasatan,” ujarnya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu, mangsa, Muhammad Nizam Samsudin, 46, yang bertugas sebagai Timbalan Pengarah Imigresen di Depot Imigresen Sementara Sungai Bakap, Pulau Pinang meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala.

Sementara rakannya, Zaili Nizam Muhammad, 43, dan bertugas sebagai Timbalan Pengarah Kanan Imigresen di depot imigresen sama patah kaki dan kini menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH).

Kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah kenderaan yang tidak diketahui melanggar bahagian belakang motosikal ditunggangi Muhammad Nizam di lorong kiri menyebabkannya hilang kawalan dan terbabas ke lorong kecemasan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *