JASIN: Gara-gara ingin melarikan diri selepas dicekup berkhalwat bersama isteri orang, seorang lelaki ditemukan maut terjatuh dari tingkat empat sebuah pangsapuri di Bemban di sini, hari ini.
RAKAMAN ADA DI BAWAH SEKALI
Dalam kejadian kira-kira pukul 11.47 pagi tadi, mangsa yang berusia 46 tahun itu maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
“Saksi melihat ke bawah dan mendapati lelaki tersebut telah tertiarap di atas tanah dan tidak bergerak.
“Pemeriksaan fizikal ke atas mayat si mati mendapati terdapat kesan tanah dan darah di bahagian muka dipercayai dia jatuh dalam keadaan terhempap, lengan kiri mangsa juga patah,” katanya.
Ujarnya lagi, saksi memberitahu mereka berkenalan pada 2005, namun, berpisah dan masing-masing mendirikan rumah tangga.
Tambahnya, pada 2017, si mati bercerai dengan isterinya, lalu mencari semula saksi untuk menjalinkan semula hubungan walaupun mengetahui saksi telah berkahwin.
“Hubungan si mati dengan saksi adalah secara sembunyi tanpa pengetahuan suami saksi.
“Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Jasin dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.
“Allahu..pengakhiran hidup dlm keadaan selepas mlakukan maksiat..semoga Allah ampunkan dosa2nya” – Amara
“Malang sungguh kematian seperti ini. Semoga Allah menjauhkan aku dari kematian yang buruk.” – Hafiz
“Semoga kita semua mati dlm husnulkhotimah… nak mati dlm husnulkhotimah, selalulah buat amal soleh, dan benda baik dan baik dan baik..” – Haikal
–UTUSAN ONLINE
Semoga menjadi pengajaran buat kita semua