Luna Maya

Lima lelaki serang pusat tahfiz akhirnya menerima padah dijatuhkan hukuman ini, tapi netizen tidak berpuashati

LIPIS: Lima lelaki masing-masing dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, selepas mengaku salah atas pertuduhan menceroboh sebuah pusat tahfiz dan menyebabkan kecederaan terhadap seorang pengajarnya pada 11 Ogos lalu.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Berdasar pertuduhan, kelima-lima lelaki itu didakwa menceroboh kawasan Pusat Tahfiz Darul Fikri Al Mahmudiah, Jalan Cheneras di sini, jam 5.10 petang pada 11 Ogos lalu.

Mereka didakwa melakukan pencerobohan itu mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan, yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang boleh dipenjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM5, 000 atau kedua-duanya.

Susulan pengakuan bersalah mereka, Siti Aisyah memerintahkan setiap tertuduh dipenjara 10 bulan dan denda RM2,000 atau tambahan enam bulan penjara jika gagal menjelaskan denda yang dikenakan.

Pada prosiding sama, tiga tertuduh, Wan Haris, Zulkifli dan Azraen mengaku bersalah menyebabkan kecederaan terhadap guru tahfiz terbabit, Muhammad Zulhafiz Mohd. Rasid, 26.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang bersama Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman penjara setahun atau denda atau kedua-duanya.

Bagi kesalahan itu, Siti Aisyah mengarahkan ketiga-tiganya dipenjara lapan bulan dan denda RM1,000 atau tambahan enam bulan penjara jika gagal menjelaskan denda.

Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Pahang, Abdul Ghafar Ab Latif dan Timbalan Pendakwa Raya, Rifah Izzati Abdul Mutalif, manakala semua tertuduh diwakili peguam bela, Fariha Nuzuruhan daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Tonton Video :

Sumber BH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *