Luna Maya

Warga Emas Ditemukan Maati Tengah Malam Tadi Di Tepi Kereta Sendiri Akibat Ditembak

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga emas maut akibat ditembak selepas selesai bermain mahjung di rumah rakannya di Amarin Kiara, Jalan Desa Kiara 1, dekat sini tengah malam tadi.

RAKAMAN ADA DI BAWAH SEKALI

Mangsa yang berusia 63 tahun itu ditembak semasa berjalan kaki menuju ke keretanya yang diparkir di luar kediaman tersebut.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pihak polis menerima makluman kejadian sekitar pukul 12.09 malam.

“Siasatan awal mendapati mangsa merupakan warga tempatan berusia 63 tahun dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

Ujar beliau, motif kejadian masih dalam siasatan dan pihak polis sedang giat mengesan suspek yang terlibat.

Katanya, kes disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Aduh makin menjadi jadi kes bunuh kat sana eh.. Semoga Malaysia d lindungi dri jenayah2 d masa akan datang, amin Ya Allah” – Arsen

“Kebanyakkan yg kena tembak naik alphard/vellfire.. Aritu masa raya puasa kena tembak jugak di sungai petani pun sama mati disisi alphard/vellfire.. Nasib sy naik kancil ja org nak tembak pun pikir 2 3 kali sbb kancil apa la sgt isinya sikit x kenyang tapi kalau kancil pun ditakdirkan peluru sesat mati jugak alahai..” – Aggye

“Lagi 5-10 tahun malaysia jadi mcm brazil dengan colombia. Mana mana ada orang mati kena bunuh, baik di tembak atau ditikam” – Ziyech

“Senjata amat mudah diseludup maka kes pembunuhan semakin menjadi ganas. Penjenayah makin berani bunuh kerana kurang penguatkuasa sempadan.” – Sandhu

“Tgk jepun..dah ada ahli politik kena tembak baru nak ketat undang2 pemilikan senjata api…biasa la tu kita dah kena baru nk bertindak…” – Shahrul

Sumber Kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *