Luna Maya

lndonesia Berdaarah, Keadaan Jadi Tak Terkawal Sehinga Lebih 100 Maut Dalam Stadium

Jakarta: Lebih daripada 120 individu dilaporkan maut selepas kekecohan dan keganasan susulan perlawanan liga bola sepak di Indonesia, lapor The Guardian.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Penyokong kelab Arema dan Prasebaya bertempur selepas Arema tewas 3-2 dalam perlawanan di Malang, Jawa Timur.

Ketua pejabat kesihatan Malang, Wiyanto Wijoyo berkata, lebih 120 orang meninggal dunia.

Pemain Persebaya serta-merta meninggalkan padang, tetapi pemain Arema yang masih di padang turut diserang.

Laporan mengatakan kematian turut disebabkan polis melepaskan gas pemedih mata menyebabkan panik dalam kalangan penonton di Stadium Kanjuruhan.

Liga Indonesia digantung selama seminggu susulan insiden berkenaan.

“Hardcore betul fans diorang ni.Asyik tanya “kapan away” je kalau ada game melibatkan team Malaysia.Tapi tulah macam mana orang nak datang kalau boleh hilang nyawa? Gila betul.Apapun salam takziah.” – Mirza

“Bola sepak hanya sekadar sukan dan hiburan
tapi bila dah timbul keganasan dan saling membunuh itu sudah di luar kewarasan manusia.
salam takziah buat keluarga mangsa dan semua yg terlibat” – Yassin

“bola sepak jarang sangat mengeratkn…bnyak kepada pergaduhan…sesama kampung pn boleh bergaduh apatah lg melibatkn negeri dan negara…” – Joe

“Jadikan ikhtibar kebodohan dan kerakusan penyokong2 bolasepak seperti ini. Mereka tdk layak berada dlm mana2 stadium. Harap FIFA akan mengambil tindakan secepatnya terhadap PSSI. Penyokong kedua dua pasukan harus di halang memasuki stadium dgn tempoh yg lama.” – Ren Ya

“Tu lah jd nya bila terlalu taksub akan sesuatu..tak pun bertaruh..memang akan ada emosi gila mcm tu..jgn dok jadi kat negara kita .. pemain tak apa2, penyokong yg lebih2..hmmm” – Rohaida

Sumber HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *