Luna Maya

“Identiti 5 Sekeluarga Dikenalpasti..” Rosli Bersama lsteri Serta Tiga Anak Meninggal Dunia Di Tempat Kejadian

Kuantan: Lima beranak maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan berhampiran sebuah stesen minyak di Jalan Kuantan-Segamat, di sini hari ini.

LUAHAN ABANG MANGSA ADA DI BAWAH SEKALI

Mereka yang maut dikenali Muhammad Rosli Ibrahim, 33; Nor Afikah Abdullah Sani, 35; Nur Safwa Irdina Muhammad Rosli, 7, Nur Sofea Rajda Muhammad Rosli, 6 dan seorang bayi yang belum dikenal pasti identiti.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, seramai 13 pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Chini, Pekan dan Taman Tas, di sini bergegas ke lokasi kemalangan.

“Lima mangsa di dalam kereta dikeluarkan anggota menggunakan peralatan menyelamat.

“Kesemua mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Pungut hasil tanah di Kuantan – Abang

Padang Rengas: Lima beranak yang maut dalam kemalangan selepas kereta dinaiki bertembung dengan treler berhampiran sebuah stesen minyak di Jalan Kuantan-Segamat, petang tadi dikatakan berkunjung ke Kuantan untuk urusan berkaitan pungutan hasil tanah.

Ramlan Ibrahim, 37, berkata memang menjadi kebiasaan adiknya, Muhammad Rosli Ibrahim, 33, untuk membawa isteri dan anak mereka setiap tahun ke Pahang bagi urusan pungutan hasil berkaitan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).

“Setakat apa yang saya tahu, bapa mentua adik saya mempunyai pegangan berkaitan Felda. Mereka ke Pahang bagi memungut hasil itu memandangkan isterinya, Nor Afikah Abdullah Sani, 35, merupakan generasi kedua Felda.

Katanya, arwah adiknya yang merupakan anak ke-10 dari 13 beradik bekerja sebagai pemandu bas ekspres yang berpangkalan di Parit Buntar manakala Nor Afikah merupakan pembantu tadbir penjawat awam yang bertugas di Bagan Serai.

Katanya, maklumat awal mengenai nahas itu diterima melalui rakan yang mengetahuinya menerusi kumpulan WhatsApp berkaitan automobil.

“Mulanya dimaklumkan hanya Muhammad Rosli yang maut tetapi khabar seterusnya, saya diberitahu kesemua lima beranak itu maut dalam nahas terbabit,” katanya.

Ramlan berkata, semua mayat masih dalam proses pengecaman di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan oleh kakaknya yang menetap di Johor dengan lima beranak itu dijangka akan dikebumikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Labu Kubong, di sini.

“Hasil perbincangan dengan waris keluarga adik ipar (Nor Afikah), mereka bersetuju agar kelima-lima beranak itu dikebumikan di sini dalam satu liang selepas semua proses pengurusan jenazah di Kuantan selesai yang dijangkakan paling awal adalah esok.

“Keadaan (emosi) emak tidak stabil sekarang kerana terlalu sedih memandangkan arwah Muhammad Rosli adalah anak kesayangannya kerana arwah selalu menziarahinya,” katanya.

Sementara itu, pemerhatian wartawan mendapati perkarangan rumah ibu kepada Muhammad Rosli mula dipenuhi waris dan ahli keluarga sejak jam 9 malam tadi.

Sumber Kosmo, HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *