Luna Maya

“Sekelip mata anak pergi selamanya..” Seronok karaoke, Mak Ayah tak sedar anak 3 tahun jatuh dari tingkat tiga hoteI

Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat terjatuh dari tingkat tiga di Hotel Grand Central, Riau, Indonesia.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Memetik laporan Liputan, ketika kejadian, mangsa berada bersendirian di dalam bilik hotel berkenaan sementara ibu, Okta Reviani Heni berusia 23 tahun dan bapanya, Muhammad Rizky Ravaneli, 22, sedang seronok berkaraoke di tingkat bawah.

Menurut Ketua Polis Bukitraya iaitu Syafnil, mangsa dipercayai terjatuh dari tingkap bilik pada awal pagi.

Menurut sumber, insiden itu disedari selepas salah seorang pekerja hotel terdengar seperti bunyi benda jatuh dari laluan masuk hotel.

Namun alangkah terkejutnya apabila melihat seorang budak telah terbaring di lantai dengan keadaan berlumuran darah.

Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital namun disahkan meninggal dunia. Sementara seorang petugas telah pergi ke bilik hotel tersebut untuk melakukan pemeriksaan dan apabila pintu bilik diketuk, tiada sebarang respon yang diterima.

Oleh kerana pintu tidak boleh dibuka, petugas hotel membukanya menggunakan kunci master. Apabila pintu terbuka, mereka melihat keadaan bilik kosong dan tingkap terbuka.

Tidak lama selepas itu, ibu bapa mangsa tiba di bilik berkenaan untuk mencari anaknya.

Ketika disoal siasat, pasangan ini mengaku telah pergi ke pusat karaoke yang disediakan di tingkat bawah hotel dan meninggalkan anaknya yang sedang tidur bersendirian di bilik tanpa mengunci tingkap.

Difahamkan, pasangan ini meminta agar pihak polis tidak melakukan bedah siasat ke atas mangsa.

Tonton Video :

Sumber: Liputan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *