Gombak: Seorang ibu sanggup menemani anaknya yang juga penagih dadah di rumah penuh barangan lusuh dan sampah sejak 10 tahun lalu.
RAKAMAN ADA DI BAWAH SEKALI
Difahamkan wanita berusia lingkungan 70 tahun itu sanggup hidup sedemikian kerana terlalu sayangkan anaknya yang berusia 42 tahun.
Anaknya itu menagih dadah di dalam rumah dengan beralas tilam nipis dikelilingi sampah dan barangan lusuh.
“Lelaki terbabit yang tinggal di Selayang Baru antara enam penagih dadah yang ditahan AADK ketika membuat pengesanan terbabit,” katanya kepada Harian Metro hari ini.
Sumber berkata, ujian saringan air kencing mendapati mereka menggunakan dadah jenis syabu, heroin dan ganja.
“Kesemua sampel dihantar ke unit Patalogi Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pengesahan pakar perubatan.
“Mereka yang ditahan itu dalam tahanan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 (Pindaan 1998),” katanya.
“Takut nanti bila xdpt duit ibunya pula yg dipukul.selalu nya mcm tu la yg terjadi.nk syg pun agk² la” – Naim
“Sy x sokong tindakan si ibu tp merasai kasih syg seorg ibu kpd anaknya…moga urusan ibu tersebut dipermudahkan…harap si anak tu bertaubat la” – Aby
“Mungkin seorg ibu serbasalah…mungkin klau xbagi anknye akan merompak atau menyamun org lain…jln singkatnye dia yg sara ank penagih tu…” – Ros Niza
“Kasih ibu memang bawak kesyurga tapi bukan dengan cara ni makcik.. menyokong anak melakukan perkara mungkar.. tidak akan mengubah anak tu kearah kebaikan.. bahkan akan merosakkan anak lagi.. semua itu akan dipertanggungjawabkan disana kelak.. semoga dipermudahkan urusan makcik hadapi ujian ni..” – Tujuh Warna
“bukan mak tu bg sebab sayang..dah anak dok mintak..maknterpaksa bg..di kata tak bg satg apa2 dia buat susah jugak..dadah ni takuttt satg kita yg kena balik..sorang mak ni tak sampai hati tngok anak dok mcm tu..yg orang komen boleh laa kata mcm2..kena kat tempat diri sendiri baru rasa mcm mna..” – Nur Armani
Sumber HM