Setiu: Seorang pembantu kedai makan rentung sementara empat lagi terselamat selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan lori lalu terbakar di Kilometer (KM) 85 Jalan Kuala Terengganu-Kampung Raja, berhampiran Kampung Gong Batu, di sini, petang tadi.
RAKAMAN ADA DI BAWAH SEKALI
Ketua Polis Daerah Setiu Deputi Superintendan Afandi Hussin berkata, mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Nurul Emylia Natasha Zulkifli, 20, berasal dari Kampung Pulau Lima, Pasir Puteh, Kelantan.
Beliau berkata, kemalangan itu membabitkan sebuah lori Isuzu dan sebuah kereta Perodua Kelisa pada 5.35 petang.
Beliau berkata, pemandu kereta dan lori serta dua penumpang lori berjaya keluar dari kenderaan yang terbakar kecuali penumpang kereta yang disahkan rentung dalam kemalangan itu.
“Dua mangsa berusia 21 dan 28 tahun yang cedera dihantar ke Hospital Setiu untuk rawatan, manakala dua lagi mangsa berusia 26 dan 24 tahun tidak mengalami kecederaan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Luahan Sayu Dari Sepupu Mangsa :
Salam takziah buat sepupu yg tersayang, excident di setiu ptg td…pemergian mu amat terkesan oleh keluarga kami…tiada lg gelak tawa suka hilai…seorg yg hapening, rajin bkerja dan peramah…die laa tmpat kite meluahkn perasaan dtmpt kerja…diusia mu 20 tahun terlalu muda…tp Allah lebih sayangkn mu yaya…gopa…
Nama pggilan manja kamariah dikalangan keluarga…tp die xkisah pun…semoga arwah yaya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.aamiin..tenang laa mu disana yaya…
Al Fatihah.
Pasir Puteh: “Saya hilang kata-kata apabila video kenderaan hangus selepas kemalangan yang dikongsi dalam WhatsApp membabitkan sepupu sendiri,” kata Nur Intan Liyana Nordin, 38.
Wanita itu ahli keluarga kepada Nurul Emylia Natasha Zulkifli, 20, yang rentung apabila kereta dinaiki terbakar selepas kemalangan dengan lori lima tan di Kilometer (KM) 85 Jalan Kuala Terengganu-Kampung Raja, berhampiran Kampung Gong Batu, Setiu, Terengganu semalam.
Menurut Nur Intan Liyana, keluarga hanya mengetahui arwah ke institut memandu di Bachok untuk membuat lesen dan sama sekali tidak menyangka dia mengikuti konvoi bersama rakan ke Terengganu.
“Pada jam 7 malam, seorang daripada rakannya yang mengikuti konvoi itu menelefon saya, memaklumkan yang kereta dinaiki arwah terbabit kemalangan tetapi dia tidak beritahu keadaan arwah ketika itu.
“Dalam masa sama, polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Setiu juga menghubungi ibu bapa arwah, memaklumkan kemalangan itu dan meminta segera ke Hospital Setiu,” katanya ketika ditemui di rumah nenek arwah di Kampung Pulau Lima, di sini, hari ini.
Nurul Emylia Natasha rentung selepas kereta Perodua Kelisa dinaiki terbakar selepas kemalangan dengan lori lima tan di Kilometer (KM) 85 Jalan Kuala Terengganu-Kampung Raja, berhampiran Kampung Gong Batu, Setiu, Terengganu.
Nur Intan Liyana berkata, keluarga arwah juga tidak mengetahui keadaan anak mereka ketika bergerak ke Setiu pada 9 malam.
“Mereka hanya tahu keadaan arwah apabila tiba di hospital dan sangat terkejut. Ibunya tidak henti menangis dan sukar menerima takdir ini.
“Saya sendiri ketika melihat video kemalangan ngeri itu, langsung tidak terfikir yang mangsanya adalah sepupu sendiri,” katanya yang memberitahu arwah seorang yang ceria, namun menjadi pendiam sejak seminggu lalu.
Katanya, jenazah arwah disembahyangkan di Masjid Kampung Pulau Lima dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tebing Tinggi selepas solat Asar.
Sumber HM
Salam takziah
Al-fatihah (dibaca)
بِسْم ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞ صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞ امين
Semoga Allah terima segala amalan arwah dan mengangkat darjatnya disisi Allah,
Semoga pemergian arwah menjadi kerehatan sebenar dari urusan dunia,
Semoga dilindungi dari seksa kubur dan semoga roh arwah ditempatkan dikalangan para solehah,
Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad.
Amiin Amiin Amiin..
Ucapan Takziah Kematian
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman…. Aaamiin Ya Robbal Aalamiin..