Di TikTok, tular rakaman video memaparkan seorang wanita naik berang apabila anaknya didakwa ‘ditepuk’ menggunakan buku di bahagian muka oleh seorang guru.
RAKAMAN ADA DI BAWAH SEKALI
Dalam rakaman itu, dia sebagai seorang ibu mempersoalkan mengapa guru tersebut menyentuh bahagian muka anaknya sedangkan banyak lagi hukuman lain yang boleh diberikan.
Difahamkan, anaknya dihukum kerana tak bawa Rekoder untuk ujian amali Pendidikan Muzik. Cikgu itu mempertahankan diri dengan mendakwa si anak terlebih dahulu menjawab dengan biadap.
Cikgu tersebut mengaku membantai pelajar dan memohon maaf di atas tindakannya itu. Namun dia mempunyai sebabnya yang tersendiri.
Bagi si ibu pula, dia tidak kisah jika anak dihukum namun janganlah memukul di bahagian muka. Menurutnya, banyak lagi hukuman lain yang boleh dijadikan sebagai pengajaran.
Selepas 12 jam dimuatnaik di TikTok, video tersebut bagaimanapun telah dipadam.
Namun beberapa pengguna sosial media ada memuat naik semula video tersebut di akaun masing2.
Menjengah ke ruangan komen segelintir netizen berasa tidak puas hati dengan tindakan guru tersebut.
“Klau muka mmg la patut kena marah.. Nabi s.a.w pon melarang pukul bahagian muka. Teringat pulak member kelas skolah rendah, cikgu baling pemadam papan hitam tepat kena mata dia. Sian sgt tgk masa tu. Budak darjah 3 kot. Kadang cikgu pon kena kawal marah sikit. Tang lain xpe, jgn la muka. Buta anak org dah jd satu hal” – Asyh Johar
“Kalau aku pon aku marah gak. Beza tau pukul nak mengajar n pukul ikut nafsu. Nabi pon larang kita pukul kat badan apatah lg muka. Cikgu pon kena tarbiah jugak kdg2. Tak semua cikgu pukul tu utk masa depan. Ada yg jd lagi keras degil kalau pukul teruk2 ni. Hati jd lg keras.” – Hajar
“Tempat yg cikgu pukul muka dan kepala tak sepatutnya kejadian ini terjadi dalam undang undang pun salah sebagai guru seharusnya berdiam kerana memang jelas ianya salah…” – Shamsul
“Cikgu tu memang salah ,korg xyah la acah2 zaman dlu kononnya , zaman dlu pun cikgu memang dilarang pukul dekat bahagian muka … Zaman dlu paling cikgu akan rotan telapak tangan jew , atau denda lain berdiri dekat atas meja sampai la masa balik sekolah …” – Joey
“Saya pun pantang kalau pukul muka ni. Cikgu ni ada masalah luar ni bawak ke sekolah. Kalau kena kat anak saya, tahu la saya apa nak buat.” – Amira
“Jd cikgu ni mmg kena byk bersabar n istighfar…supaya xhilang pertimbangan. Pengorbanan yg paling besar rasanya.Tak dinafikan mmg kelakuan anak murid zaman la ni boleh buat mengucap panjang..jd sambil menahan sabar, kena berfikir panjang..menjadi seorang guru adalah ibarat lilin yg membakar diri sendiri demi untuk menerangi kehidupan org lain…semoga semuanya dipermudahkan” – Hidayah
Namun ada juga yang cuba membandingkan tindakan tersebut dengan zaman sebelum ini.
Tonton Video : SILA KLIK DI SINI
Sumber Ohmedia, TikTok Fayyid Ramadhan