Baru-baru ini tular beberapa kepingan gambar dan video mengenai rintihan seorang ibu mengenai nasib yang terpaksa dihadapi oleh mereka sekeluarga termasuk jiran senasib dengannya.
RAKAMAN VIDEO MENYEDIHKAN ITU ADA DI BAWAH SEKALI
Menerusi hantaran yang dikongsikan oleh wanita dikenali Syasya Syanina, meluahkan kesedihan apabila terpaksa melihat anaknya penat menaiki tangga rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) setiap hari kerana fasiliti lif sering rosak.
Susulan itu, Syasya merasakan dirinya masih belum mampu menyediakan tempat perlindungan yang selesa untuk anak-anaknya.
Dalam pada itu, Syasya mendedahkan kerosakan lif tersebut sudah melebihi enam bulan dan menyusahkan ramai penghuni terutama golongan kanak-kanak, warga emas, orang kelainan upaya (OKU) dan ibu hamil. Meskipun sudah berkali-kali mereka membuat aduan mengenai kerosakan tersebut, ia masih sepi dan tiada tindak balas positif daripada pihak pengurusan.
Selain itu, wanita tersebut memberitahu kerosakan lif di rumah PPR miliknya menganggu persediaan anak sulungnya untuk ke sekolah agama setelah pulang dari sekolah kebangsaan pada jam 1.20 minit petang. Ini menyebakan anaknya terpaksa salin pakaian sekolah agama di masjid berhampiran dan makan di dalam kereta.
ini luahan penuh beliau :
setiap hari aku doa nak hidup selesa sikit, bukan utk aku, tp utk anak anak.. aku tau Allah xnk bg skrg, Allah nak bg nanti.. ade hikmah kite susah skrg dgn anak anak, bukan aku tak bersyukur dgn rezeki Allah, bukan aku xboleh hidup susah, tp aku tak kuat tgk anak anak nangis, tgk anak jatuh tangga, aku rase berdosa biar anak hidup susah..
4tahun dah duduk sini, masih lagi org ckp aku tak boleh sabar, aku tak bersyukur? dlm video nih mica nangis lg tak tau kali keberapa dah dia ckp ” mica tak nak naik tangga ” kau tau tak perasaan sebak aku nih jd mak, aku rase looser sebab tak boleh ade kan rumah terbaik utk anak..
hari hari panjat tangga ke tingkat 8 bukan benda biasa utk kami anak beranak.. tolong doakan kami dpt keluar dari PPR nih cpt ya, kami xmampu beli lg, tp InsyaAllah mampu sewa rumah lain.. aku xpnh mintak simpati melalui anak, tp Allah je yg tau hati aku, hati seorang mak nih.. semoga Allah murahkan rezeki kite selalu syg Abdul Rashid Abdul Jalil
Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi di kalangan warganet di mana ramai meluahkan rasa simpati dan kasihan melihat nasib yang terpaksa di lalui oleh penduduk di PPR Kempas Permai Blok D, Johor Bahru.
Tonton Video Penuh : SILA KLIK DI SINI
Sumber: Facebook Syasya Syanina, Buletin TV9