Baru-baru ini, bekas isteri ahli perniagaan terkenal, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin Kamal, Emilia Hanafi, 43 telah menyerah diri di pejabat polis Mahkamah Syariah Kuala Lumpur untuk dipenjarakan selama tujuh hari atas kesalahan gagal mematuhi perintah Mahkamah Tinggi Syariah di sini mengenai tarikh lawatan tiga anaknya.
RAKAMAN VIDEO LUAHAN EMILIA ADA DI BAWAH SEKALI
Menurut laporan daripada Kosmo! memetik daripada perkongsian TikTok dari Media Variasi, Emilia hari ini telah dibebaskan daripada tahanan penjara di Penjara Kajang pada pagi Jumaat.
Dalam temu bual ringkas itu, Emilia memaklumkan yang dia tidak malu digelar banduan kerana mengatakan masuk ke dalam penjara disebabkan ketidak adilan yang dialaminya.
Dia juga sempat bercerita keadaan di dalam sel tahanan dimana dalam satu sel ditempatkan seramai 22 orang banduan dengan satu tong untuk membuang air kecil dan satu lagi untuk membuang air besar tanpa sebarang penghadang.
“Dalam satu sel ada 22 orang, di dalam sana ada satu tong untuk buang air kecil, satu tong untuk buang air besar, tak ada penghalang dan guna kongsi-kongsi,” ujarnya.
Di akhir perkongsian tersebut, Emilia berharap agar situasi yang menimpanya tidak akan terjadi kepada mana-mana wanita yang lain terutamanya golongan ibu tunggal dan anak-anak mereka di luar sana.
Antara Komen Netizen
“Bagi je ex suami jumpa anak ikut masa yg mahkamah tetapkan. Itu je simple. Tk boleh halang ayah nk jumpa anak. Kan mahkamah dah bagi keizinan. Tk bagi jumpa anak , adjust tarikh masa dan tempat jumpa anak tu salah dan menghina mahkamah. Tk berpihak kpd sesiapa. Jgn kerana amarah kita langgar undang2” – Wan
“Aku x suke pon ko msuk penjara.. tp npe perlu ko nafikn hak ex ko..tolak ansur lar..lau dulu leh kongsi apsal skng xleh..bkn die nk amik trus pon…” – Kamelia
“tak pa Emelia..awak adalah pemenang…biarlah mereka yg menganiaya awak akan mendpt balasan.” – Elsikar
“x pa puan kita serah pada allah…sbb allah itu maha penggetauhi org teryaiya atau di nyaiya ada balasan nye nanti….cuma cepat atau lambat je allah” – User
Tonton Video Penuh : SILA KLIK DI SINI
Sumber: TikTok Media Variasi, Kosmo!