Luna Maya

Kibar Bendera Kerana Darurat Diharuskan Dalam Islam

IPOH – Mengibarkan bendera atau tanda-tanda tertentu yang memberi isyarat bahawa diri dalam keadaan terdesak dan memerlukan bantuan sehingga mengancam jiwa adalah diharuskan dalam Islam.

Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim berkata, perkara itu seperti kempen kibar bendera putih yang digerakkan di media sosial, bukan satu kesalahan kerana dianggap sebagai satu cara menambah keprihatinan dan saling membantu sesama rakyat.

“Dalam Islam sendiri telah menetapkan bahawa semua pihak yang terjejas dan sampai kepada peringkat tiada bekalan makanan harian sehingga mengancam nyawa, adalah wajib untuk dibantu.

“Jadi, tindakan mengibarkan bendera atau apa-apa tanda ini secara tidak langsung membantu pihak pemerintah dan komuniti setempat memastikan bantuan kepada mereka yang terdesak dan benar-benar memerlukan dengan kadar segera.

“Hanya jika warna bendera itu menjadi pertikaian, bolehlah tukar dengan tanda-tanda lain atau warna-warna lain,” katanya kepada Sinar Harian di sini pada Rabu.

Beliau berkata, dalam keadaan pandemik Covid-19 masih berlarutan, fokus setiap pihak sewajarnya adalah untuk membantu mereka yang terkesan dan memerlukan.

Justeru katanya, semua pihak terutama parti politik sepatutnya tidak menggunakan isu-isu kesengsaraan rakyat sebagai modal meraih sokongan dan populariti.

“Tanggungjawab pemerintah dan setiap agensinya adalah memastikan bantuan sampai dengan segera tanpa melalui proses birokrasi yang panjang dengan menyediakan kemudahan untuk mudah dihubungi.

“Namun keadaan ini tidak menggugurkan tanggungjawab ahli masyarakat terhadap jiran-jiran dan komuniti kejiranannya untuk membantu mereka yang terdesak,” katanya.

Terdahulu, pemimpin Pas, Nik Abduh mengatakan jangan angkat kekalahan menghadapi ujian dengan mengajar rakyat mengangkat bendera putih.

Sejak beberapa hari yang lalu, setelah tercetusnya idea dikalangan masyarakat yang prihatin tentang situasi semasa serta menyedari kesusahan hidup yang dialami rata-rata masyarakat Malaysia berdepan pandemik covid yang dilihat masih jauh untuk pulih.

Idea dan gesaan meletakan atau mengangkat bendera putih di rumah yang tiada bekalan makanan atau terputus pendapatan supaya jiran serta masyarakat di sekeliling tahu akan situasi terdesak yang dialami oleh individu atau keluarga terbabit supaya mudah dikesan dan dapat dbantu dengan kadar segera.

Idea ini terjadi susulan peningkatan kes bunuh diri yang meningkat secara mendadak kesan dari tekanan hidup yang dialami oleh masyarakat yang kian meresahkan.

Perkara itu mendapat perhatian pemimpin PAS, Nik Abduh Nik Aziz yang berpendapat rakyat sepatutnya mengangkat tangan untuk berdoa jika hadapi uj1an.

Malah, beliau turut meminta pihak tertentu tidak mengajar orang ramai untuk mengangkat bendera putih kerana ia seperti mengangkat kekal4han apabila menghadapi uj1an.

Bagaimanapun, kenyataan Nik Abduh itu tidak disetujui kebanyakan netizen kerana kempen tersebut adalah untuk memudahkan orang ramai membantu mereka yang memerlukan.

Kata netizen lagi, tidak bermakna meminta bantuan melalui cara tersebut individu itu tidak berdoa kepada Allah di atas ujian diberikan.

Apa pendapat anda?

Sumber SH, Legacy,

Leave a Reply

Your email address will not be published.