Luna Maya

“Mulut pemandu Four by Four takde lnsuran..” Dua pemandu bertumbuk atas jalan, akhirnya ini yang berlaku

KUALA LUMPUR: Tindakan seorang pemandu menghalang laluan sehingga menyusahkan pemandu lain mencetuskan pergaduhan antara dua pemandu yang bermula dengan pertengkaran mulut dan kemudiannya saling berbalas tumbukan.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Kejadian berlaku di persimpangan Sekolah Kebangsaan Sri Gombak 2, Batu Caves di sini, semalam itu berjaya dirakam orang awam sebelum tular di media sosial hari ini.

“Siasatan mendapati, kejadian berlaku kira-kira jam 2.30 petang semalam di persimpangan Sekolah Kebangsaan Sri Gombak 2, Batu Caves.

“Pergaduhan bermula daripada pertengkaran mulut antara pengadu dengan seorang pemandu lain kerana kesesakan lalu lintas di persimpangan itu yang berpunca daripada kenderaan pengadu yang menghalang kenderaan suspek,” katanya.

Beliau berkata, siasatan masih dijalankan dan pihaknya meminta kerjasama daripada orang ramai yang melihat dan yang membantu meleraikan pergaduhan itu untuk tampil membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan dengan sengaja menyebabkan cedera.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Sarjan Nurul Syazleeyana Atarbacha di talian 03-61262222 atau 018-9636942,” katanya.

Tonton Video : SILA KLIK DI SINI

Sumber BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *