Luna Maya

Kereta depan tiba2 mengundur, ‘mangsa’ langgar pasrah Akak Honda tetap nak menang

Setiap pengguna jalan raya seharusnya perlu kesedaran dan ada sifat bertimbang rasa kepada pengguna yang lain. Jadi, jika sayangkan kenderaan seharusnya lebih peka ketika membawa kenderaan terutamanya memandu.

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Jika kita leka atau lalai sedikit sahaja, pelbagai masalah boleh timbul dan ia kadang kala bukanlah dari kesalahan kita sepenuhnya.

Akan tetapi, jika kita yang melakukan kesilapan, sepatutnya kita merendah diri memohon maaf dan cuba berbincang sebaiknya supaya tidak berlaku salah faham.

Menerusi video yang dipaparkan, kereta dihadapannya tiba-tiba sahaja berundur dan pemandunya langsung tidak mencuba untuk memberhentikan kenderaannya sehingga melanggar kereta Khaier.

Namun, apabila masing-masing terkejut dan keluar dari kereta untuk memeriksa kenderaan, pemandu wanita yang memandu kereta dihadapannya seolah-olah menunjukan reaksi seperti kereta dibelakang yang bersalah.

Menurut ‘mangsa’, dia sempat memberi pesan kepada pemandu kereta dihadapannya namun dibalas dengan jawapan yang mempertahankan segala perbuatan tersebut seperti mahu menyatakan yang dirinya tidak bersalah.

Sehubungan dengan perkongsian berkenaan, pemandu berkenaan teruk dikecam pengguna Twitter selepas merasakan yang wanita itu adalah punca berlakunya pelanggaran kecil terbabit.

Mereka juga marah dengan sikap pemandu tersebut kerana langsung tidak mahu mengakui kesilapan dan masih menegakkan benang yang basah.

“Salah abg la knp duduk blkg keta prmpuan..masa ambik lesen cikgu tak cakap ker? supaya jauhi” – Mawi

“Bosan dengaq pompoan tak pernah salah. Yg ni memang salah kak . Lain kali kat trafik light. Tarik ja hand brek kak.” – Jamal

“Aku kene kt aeon nilai..makcik ngn ank pompuan die.. aku yg turun tngok keta..die baru nk turun keta tengok.. keta aku kemek.. sepatah maaf pon x.. alasan lupa baya parking.. ko ingt ko keta H .. hebat sangat.. sori.. x respek ko makcik” – Iqa

Sumber: Facebook Khaier Amran, Twitter Malaysia Most Virall

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *