Seorang penunggang basikal diIanggar sebuah kereta Axia pada pukul 7.15 pagi di Jalan Kinabalu, Kuala Lumpur, hari ini.
RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI
Menerusi satu rakaman CCTV yang tular, kereta Axia berwarna merah tersebut seperti sengaja memperlahankan kelajuannya dan bertindak mengejut.
Pemandu Axia berkenaan menghimpit ke kiri sekali gus meIanggar seorang penunggang basikal yang sedang bergerak pada kelajuan perlahan.
Menurut pengguna Facebook, Hambali Rosni, penunggang basikal yang menjadi mangsa itu bernama Azran Ridzwan.
“Salam semua.. Sahabat kita Azran Ridzwan mengalami kemalangan di Jalan Kinabalu (Dataran Merdeka), diIanggar kereta dari belakang.”
“Lepas langgar kereta tu lari. Rakaman CCTV tak nampak nombor plat penuh, hanya nampak huruf depan sahaja *TCD*,” tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, Hambali turut berkongsi status terkini bahawa pemandu Axia yang melanggar Azran telah ditemui.
Bagaimanapun, pemilik kenderaan ini telah pun membuat laporan polis berkaitan isu kemaIangan ini.
Dalam laporan tersebut, dia sedang berada di dalam pejabat, dan rakannya yang telah meminjam keretanya.
Rakannya juga mengakui telah terlibat dalam kemalangan tersebut.
Rakaman Video ada di Bawah Sekali
SUMBER/KREDIT : Hambali Rosni
Apa pendapat anda? Sila kongsikan di bahagian komen.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Ya. Anda Juga Boleh Membaca Artikel Menarik Di Bawah