Luna Maya

Kenapa Anak Boleh Jadi Bi4dap Dan Degil? Ini 5 Sebab Yang Mak Ayah Kena Tahu

Penat sebenarnya menjerit dan memekik anak-anak ni. Kadang-kadang tak tahu apa sebabnya yang menjadikan mereka sangat bi4dap. Nak kata tak pernah marah dan pukul apabila mereka melakukan kesalahan, dah banyak kali dah ‘kena’. Kenapa ya?

Untuk pengetahuan ibubapa di luar sana, sebenarnya ada sebab lain yang menjadi faktor kenapa anak menjadi bi4dap. Ini 5 sebabnya! KENAPA ANAK JADI BI4DAP?

1. Tengah Fasa Egocentric

Dalam umur 2-4 tahun ni anak kita dalam fasa egocentric (mendapat perhatian ramai) lagi. Yang ni takpa, jangan risau. Anak kita nampak macam bi4dap, tapi sebenarnya dia tengah membina karakter diri. Kita kena bersabar dan tenang tapi jangan sampai tak tegur ye. Kalau anak biadap, kena tegur tapi bagi la SEBAB kenapa perbuatan dia tu salah. Jangan tegur tanpa bagitahu KENAPA perbuatan tu salah.

2. Anak Rasa Tak Selamat

Kadang-kadang kita teremosi terlebih sangat sampai anak kecil kita rasa tak selamat. Tu la puncanya TRUST anak kita pada kita jadi h4ncur. Masa anak kecil ni la dia nak kena ada someone yang dia TRUST. Bila anak rasa tak selamat je memanjang, otak dia akan bertindakbalas dengan 3F :

  • F1ght (mel4wan) : Ni la antara punca bi4dap
  • Flight : dia akan jadi penakut dan pasif
  • Freeze : anak jadi konfius dan pendiam

3. Pengaruh Eksternal

Sepatutnya mak ayah la yang kena pengaruhi anak tapi bila masa kita kurang bersama anak, selalu sibuk memanjang dan hadap handphone 24 jam je maka anak akan cari sumber luar untuk dia ikuti. Tu yang anak jadi mudah terpengaruh dengan anasir jahat di luar sana.

4. Mak Ayah Pendengar Yang Teruk

Anak bi4dap ni kadang-kadang sebab dia rasa tak didengari. Ye, tu salah satu cara anak kita nak berkomunikasi dan nak bagitahu kita sesuatu walaupun sebenarnya cara tu salah. Salah kita juga, sebab tak tahu nak baca emosi anak kita. Ada masanya dia perlukan penghargaan kita, ada masanya dia nak kita puji pencapaian dia. Tapi kita tak dengar, sebab kita sibuk dengan hidup kita je!

5. Mirroring

Yes, anak kita adalah peniru yang sangat hebat. Bila dia nampak kita kvrang ajar dengan atuk dan nenek dia, dia akan tiru! Bila dia nampak kira kurang hormat pada suami kita, dia akan tiru! Bila dia nampak kita tak hormat, kasar, bi4dap dan suka menyuruh tanpa kasih sayang pada isteri kita, anak kita pun akan ikut tiru!

Video penuh :

Sumber : myinfomaya.com

Apa Kata Anda? Lontar kan pendapat dan pandangan anda di ruang komen dibawah. Segala pandangan dan pendapat anda kami hargai. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published.