KOTA BHARU – Penolong Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan maut akibat diseret sejauh 29 meter oleh sebuah kereta ketika berjalan kaki di tepi Jalan Kota Bharu-Pasir Puteh di Padang Kala dekat sini pada Khamis.
RAKAMAN ADA DI BAWAH SEKALI
Mangsa, Nik Mohd Hissham Mohamed Nor, 45, meninggal dunia dalam kemalangan pada jam 11.30 pagi itu.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, polis menerima panggilan daripada Bilik Gerakan Kota Bharu memaklumkan seorang pejalan kaki lelaki maut selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Kota Bharu-Pasir Puteh, di sini.
Nik Mohd Hissham berkata, akibat rempuhan itu, mangsa terseret sejauh 29 meter ke bahu jalan dan meninggal dunia di lokasi kejadian.
“Kereta yang merempuh mangsa itu dipandu oleh seorang pemuda yang berusia 25 tahun bersama seorang penumpang lelaki berusia 24 tahun.
“Ujian saringan air kencing, kedua/duanya negatif dadah manakala pemeriksaan pada kereta mendapati kemik pada bahagian bumper depan dan cermin hadapan pecah,” katanya.
Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia untuk bedah siasat.
“Kemalangan dipercayai berpunca akibat kecuaian dan kelekaan pemandu kereta Perodua Axia tersebut.
“Pemandu tidak berhati-hati dan berhemah hingga menyebabkan berlakunya kemalangan dan kematian kepada mangsa bagaimanapun siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Luahan sebak isteri mangsa :
Dgn berat hati ingin saya maklumkan pemergian suami tercinta, Nik Mohd Hissham bin Mohamed Nor pada pagi 14 Julai 2022. Arwah terlibat dalam satu kejadian kemalangan (langgar lari) di hadapan SK Padang Kala, Kota Bharu, Kelantan.
Tiada kata2 yg dpt menggambarkan apa yg ada di dalam hati melainkan rasa terima kasih saya kpd Allah krn meminjamkan saya seorang teman, sahabat, penasihat, pembimbing, dan suami yang sangat baik. Arwah memang banyak menzahirkan kebaikan kpd saya dan anak2 sepanjang hayatnya dan kehilangannya amat2 dirasakan. Oleh itu, saya percaya arwah berada dlm kalangan org yg baik2.
Terima kasih kpd semua yang berziarah dan menghantar ucapan. Sesungguhnya kita milik Allah dan kpd-Nya jua kita kembali.
Salam takziah
Al-fatihah (dibaca)
بِسْم ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞ صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞ امين
Semoga Allah terima segala amalan arwah dan mengangkat darjatnya disisi Allah,
Semoga pemergian arwah menjadi kerehatan sebenar dari urusan dunia,
Semoga dilindungi dari seksa kubur dan semoga roh arwah ditempatkan dikalangan para solehah,
Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad.
Amiin Amiin Amiin..
Ucapan Takziah Kematian
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman…. Aaamiin Ya Robbal Aalamiin..
Sumber SH