KULAI: Seorang pemandu lori maut dilanggar sebuah motosikal semasa melihat tayar lorinya yang bocor di Kilometer 21.8 Leburaya Utara-Selatan, arah selatan, dekat sini pada Sabtu.
RAKAMAN ADA DI BAWAH SEKALI
Beliau berkata, pemandu lori berusia 39 tahun itu cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Katanya, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim di sini untuk bedah siasat.
“Sementara penunggang motosikal cedera parah di bahagian badan dan kepala dibawa ke hospital sama untuk rawatan lanjut,” katanya.
Beng Yeow berkata, kenderaan terlibat akan dibawa ke Pejabat Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer Sdn Bhd (Puspakom) untuk pemeriksaan.
Salam takziah diucapkan buat seluruh keluarga dan rakan kenalan mangsa. Semoga tabah menghadapi dugaan ini.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Ya. Anda Juga Boleh Membaca Artikel Menarik Di Bawah:
Sumber Sinar Harian