Luna Maya

Kemenangan Emas & rekod dunia ditarik, wife risau emosi Ziyad – “saya tahu dia macam mana”

Pihak Paralimpik Tokyo 2020 mengesahkan pingat Emas yang diraih oleh Ziyad Zolkefli telah ditarik semula dan diberikan kepada atlet Ukrain, Maksym Koval selepas diprotes.

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Penyertaan Ziyad dibatalkan dalam acara lontar peluru lelaki F20 sebentar tadi dan dikategorikan sebagai do not start (DNS). Ziyad diprotes atlet Ukrain yang mengatakan jaguh lontar peluru negara itu lambat memasuki call room sebelum acara dimulai.

Memetik laporan Astro Arena, atlet yang terlambat memasuki call room tidak dibenarkan bertanding sama sekali sebelum saingan dimulai.

Menurut Astro Arena, situasi yang dihadapi Ziyad sangat berbeza apabila atlet Malaysia ini telahpun menamatkan saingan dan telah dinyatakan juara.

Tidak tinggal diam akan hal ini, sekretariat Malaysia di Tokyo membuat bantahan secara rasmi kepada penganjur ekoran penarikan pingat emas Ziyad sebentar tadi.

Sehubungan itu netizen Malaysia berasa amat tidak berpuashati dengan keputusan yang dibuat oleh pengurusan Paralimpik.

Page rasmi Ukraine dipenuhi dengan komen dari rakyat Malaysia.

Rata-rata komen dari rakyat Malaysia sememangnya menunjukkan rasa tidak puas hati dan berang dengan protes yang di buat oleh team Ukraine.

Anda boleh melihat komen-komen dari rakyat Malaysia dan menyertai mereka sekali dengan KLIK DI SINI

Update: Page tersebut telah hilang dari radar., netizen meneruskan komen di pagi yg lain. SILA KLIK SINI

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak memuat naik status di laman rasmi facebook milik beliau.

Medan perang atlet-atlet di gelanggang. Kebolehan dan prestasi mereka ditentukan di sana.

Bukan kat call room.

Atlet-atlet berlatih setiap hari untuk bersaing dan meraih pencapaian di kejohanan-kejohanan.

Ada yang hanya diadakan beberapa tahun sekali. Ini sukan. Bukan ujian SOP.

Tak adil langsung.

Saya risau emosi dia ketika ini…saya tahu dia macam mana

Dalam pada itu, Zafirah Mohd Nasir menerusi temu bual secara langsung dalam saluran Astro Arena berharap rakyat Malaysia doakan agar suaminya baik-baik sahaja.

Paling dirisaukan olehnya adalah emosi Ziyad ketika berhadapan situasi tak terjangka seperti ini, meskipun telah berjuang sehabis baik.

Tonton video dibawah :

 

Sumber Siakap Keli, Buletin Malaysia, Facebook Najib Razak, Twitter Astro Arena

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *