PETALING JAYA – Adegan dua lelaki memeluk seorang pelayan wanita ketika bergambar mengundang pelbagai reaksi di laman sosial.
Baca Tindakan Yang Bakal DiAmbil Oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu Di Bawah Sekali
Menerusi perkongsian satu klip video di laman Twitter Anep memaparkan dua pelanggan lelaki tanpa segan silu telah memeluk bahagian pinggang dan bahu wanita berkenaan sewaktu sedang bergambar.
Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di sebuah kedai makan milik wanita tersebut dipercayai terletak di Setiu, Terengganu.
Susulan daripada itu, rata-rata orang ramai terkejut dengan tindakan tersebut yang dianggap memalukan dan tidak bermoral.
“Harap pihak berkenaan dapat memantau dan mengambil tindakan tegas kepada mereka yang terlibat dengan gejala yang tidak bermoral ini,” kata seorang pengguna.
“Pihak berkuasa kena ambil tindakan segera. Rosak nama negeri Terengganu,” seloroh Shuhada.
“Yg laki 2org tu, klau xkwin lg.. Xpela, klau ada isteri, sedihnya si istri, duk rmh jaga ank sorang2,masak lg, kmas rmh lg, ini balasan sang suami… snggup ke sang suami tnggal anak isteri drmah, demi bnda mcmni… Semoga Allah jauhkn suamiku dri bnda lalai mcmni.. Allahu… ” – Suhaila
“martabat perempuan tinggi . Tapi kenapa mesti kau yang rosakkan ye . Dalam hati tuu tak ada perasaan malu dan takut ke dekat Allah ? Semoga Satu Hari Nanti Allah Jentik Hati Kakak Untuk Berubah Dan Bertaubat .” – Farahin
“Murahnya kamu wahai perempuan. Sedih tgk keadaan camni berlaku, kerana Nabi Muhammad S.A.W telah bermati2an mengangkat martabat seorang perempuan, tapi kamu sewenang2nya menjatuhkannya kembali…Allahu…” – Zandra
Reaksi Lelaki Serta Pelayan Wanita Tersebut Akhirnya Terima Padah Apabila Dikecam Oleh Netizen Dan Bakal Di Ambil Tindakan Dari Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.
JHEAT Ambil Tindakkan
Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) menjalankan siasatan berhubung video tular menunjukkan dua pelanggan lelaki memeluk bahu dan pinggang seorang wanita di sebuah kedai makan di Setiu.
Pesuruhjaya JHEAT M Rozi Bidin berkata, pihaknya akan melihat tindakan yang boleh diambil mengikut Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001.
“Premis (kedai makan) ini memang dalam pemantauan kita sebelum ia tular lagi dan dakwaan mengatakan JHEAT tak beri perhatian… itu tak betul sebab premis ini sedang dalam pemantauan.
“Kita tak akan biarkan benda-benda atau perkara yang tidak baik, perlakuan tak senonoh dan kita akan tengok mengikut bidang kuasa yang ada.
“Tiada kompromi dalam hal sebegini kerana ia bukan hanya mencemarkan agama Islam itu sendiri tetapi bertujuan membendung gejala atau kelakuan tidak bermoral dalam kalangan masyarakat,” katanya.
Tonton Video : SILA KLIK DI SINI
Sumber Facebook