Luna Maya

Lagi 3 Hari Nak Nikah, Gadis Terkilan BakaISuami Tak Nak Kahwin – ‘Keluarga Dia Pun Tak Tahu Pasal Majlis Ni’

Perkahwinan merupakan satu fasa yang paling dinantikan buat pasangan yang sudah lama bercinta. Setelah berusaha mempertahankan hubungan, hari pernikahan pastinya akan menjadi hari paling bahagia buat mana-mana pasangan.

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Namun begitu, berbeza dengan perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @ainqomart_ apabila hari pernikahan yang bakal berlangsung beberapa hari lagi menjadi episod hiba dalam hidupnya.

Mana tidaknya, tiga hari sebelum majlis teman lelaki bertindak membuat keputusan untuk membatalkan majlis atas alasan enggan berkahwin.

Lebih menyedihkan lagi, rupanya keluarga pihak lelaki langsung tidak tahu tentang majlis tersebut dan segala urusan perkahwinan hanya dilakukan oleh pihak perempuan sahaja.

Disebabkan itu, majlis sudah hampir dengan tarikh, gadis tersebut tentunya sudah menempah jurumekap dan jurugambar untuk mengabdikan gambar pernikahan mereka.

Namun terpaksa dibatalkan kerana majlis tidak berlaku. Jelasnya lagi, segala perbelanjaan nikah termasuklah sampin lelaki adalah dari pengeluarannya.

Apa yang membuatkannya ralat adalah tindakan teman lelakinya yang tidak berterus terang sama ada ingin berkahwin ataupun tidak sebelum semua sudah disediakan.

Namun begitu, gadis tersebut mengakui reda dengan apa yang berlaku dan telah mengambil cincin tunang dan nikah yang sepatutnya disarungkan ke jari pada hari pernikahan nanti sebagai ganti rugi yang telah berlaku.

Ain turut menyatakan apa yang terlebih ataupun terkurang telah dia halalkan dan berharap pihak lelaki juga sepertinya.

Tonton Video : SILA KLIK DI SINI

Sumber: TikTok @ainqomart_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *