Semakin hari semakin ramai yang berani mencabar larangan Tuhan. Ada sahaja perkara yang ‘bukan-bukan’ mereka lakukan walaupun sedar hal tersebut merupakan satu dosa besar.
RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI
Menerusi satu perkongsian tular di laman Twitter, seorang pengguna Twiter dikenali sebagai @Aliyameha telah memuat naik ciapan mendedahkan tindakan seorang wanita yang dikatakan berpenampilan lelaki mengerjakan umrah dengan memakai ihram.
Dalam ciapan yang dibuat, dia mengatakan seorang wanita berpenampilan lelaki telah pergi mengerjakan umrah memandangkan ia adalah satu penipuan yang sangat menakutkan.
Dia juga menyertakan sekali tangkapan layar video wanita terbabit yang memakai ihram di hadapan Kaabah sedang melakukan tawaf ketika mengerjakan umrah.
Difahamkan, wanita itu telah menggunakan visa pelancong untuk memasuki Kota Mekah bagi mengerjakan ibadah terbabit sebagai seorang lelaki.
Disebabkan sedar mungkin ada yang meragui pendedahannya, pengguna Twitter terbabit turut menyertakan video yang dikirim
‘lelaki jadian’ itu sewaktu berada di Mekah sebagai bukti dia tidak bercakap bohong.
Susulan daripada perkongsian tular itu, ada warganet mendedahkan pernah bekerja bersama ‘lelaki jadian’ itu dan mengakui bahawa dia memang wanita.
Disebabkan enggan bersubahat, pengguna Twitter terbabit juga sempat memberikan beberapa maklumat termasuklah ajakan daripada wanita itu untuk bertemunya sewaktu dia berada di Mekah.
Perkara tersebut juga telah dibawa ke TikTok dan ada akuan yang berkongsi gambar wanita tersebut dengan meminta orang ramai menularkan hal itu supaya pihak berkuasa dapat mengambil tindakan.
Menjengah ke ruangan komen di Twitter @Aliyameha, ramai yang meluahkan rasa marah dan kesal dengan kejadian ini kerana seoalah-olah mempermainkan agama.
Mereka juga berharap agar wanita ini dikenakan tindakan segera jika benar dia melakukan hal tersebut memandangkan ia melibatkan agama Islam.
Walau bagaimanapun, setakat ini pendedahan tersebut tidak dapat dipastikan kesahihannya. Semoga ada penjelasan yang lebih tepat dan kenyataan rasmi daripada pihak berwajib kerana tindakan yang dilakukan wanita terbabit sangat keterlaluan.
Rumah keluarga pengkid ‘kosong’
Bota: “Dia memang wanita tetapi sejak daripada dulu memang berperwatakan tomboi dan belum pernah lagi saya melihat dia berpakaian wanita,” kata penduduk di Titi Gantong, di sini.
Wanita enggan dikenali itu tinggal di kawasan perumahan sama dengan keluarga pengkid dikenali sebagai ‘Mohd Syahid’ atau ‘Ayid’ yang tular mengerjakan umrah memakai ihram di Tanah Suci, baru-baru ini.
Menurutnya, keluarga individu berkenaan sudah belasan tahun tinggal di kawasan itu dan mendakwa ketika berpindah ke situ individu itu dianggarkan berusia kira-kira 13 tahun.
Katanya, sejak itu individu berkenaan didakwa tidak pernah memakai pakaian wanita namun dia pernah dilihat memakai selendang pada hari pengebumian salah seorang ahli keluarganya.
“Dari dulu lagi dia memang tak pakai seperti wanita, selalu pakai seluar dan baju-T (seperti lelaki). Saya ada juga melihat dia apabila pulang ke kampung, hari raya baru ini pun dia ada balik.
“Ketika ahli keluarga dia meninggal dunia, dia ada balik dan saya melihat dia memakai selendang ketika itu (tetapi tidak menutup penuh rambut),” katanya ketika di temui di sini, hari ini.
Katanya, sebelum ini dia ada bersembang dengan ibu individu itu, namun keluarga berkenaan dilihat tiada di rumah sejak kisah itu tular dan pulang hanya sesekali saja.
Dia turut mengakui kisah itu juga menyebabkan keluarga berkenaan terutama ibunya sedih.
Seorang lagi penduduk berhampiran kawasan itu mengakui tidak mengenali individu atau keluarga individu itu namun mengetahui kisah tular itu.
“Saya tidak mahu menghukum perkara itu tetapi secara logik takkanlah (dia) tak tahu hukum dan dia pun sudah dewasa.
“Kena tanya dia juga kenapa buat begitu. Ini ujian untuk dia dan keluarganya” katanya yang turut bersimpati dengan keluarga individu itu.
Sementara itu, tinjauan wartawan di rumah yang dipercayai milik keluarga individu berkenaan di Titi Gantong gagal menemui sesiapa manakala pintu dan pagar rumah juga dikunci dari luar.
Tonton Video Penuh : SILA KLIK DI SINI
Sumber: Twitter @Aliyameha, TikTok @feerbaharom
Sebelum orang tuduh saya photoshop, nah lah bukti. I nak edit gambar sendiri pun hidung jd micheal jackson inikan pula nak photoshop. pic.twitter.com/lfpzthw6Zf
— Aliya Mansor (@Aliyameha) August 12, 2022
Apa pula pendapat anda?