Luna Maya

Penduduk Terkejut Bila Sebuah Masjid Muncul Di Sungai. Mereka Masuk Dalam Masjid Dan Ini Yg Mereka Nampak

Sebuah masjid yang dipercayai tenggelam tiga dekad yang lalu dilaporkan muncul semula akibat kesan kemarau dan air yang semakin surut di Empangan Phulwaria di Bihar, Nawada, India, lapor media Kashmir pada Rabu.

RAKAMAN VIDEO PERTEMUAN MASJID TERSEBUT ADA DI BAWAH SEKALI

Memetik The Express Tribune, orang ramai mendakwa nama masjid tersebut adalah Masjid Noori yang ditenggelami air selepas Empangan Phulwaria dibina pada tahun 1985.

Ketinggian masjid tersebut dari tanah hingga kibah atas dianggarkan kira-kira 30 kaki.

Difahamkan, orang ramai yang masuk ke dalam masjid tersebut terkejut melihat keadaan bangunan itu yang masih kukuh dan tidak ada sedikit pun kerosakan pada strukturnya walaupun telah tenggelam selama beberapa dekad .

Terdahulu, ketika air di empangan sedang mula surut dan sebahagian daripada kubah kelihatan, penduduk setempat masih belum dapat meneka objek sebenar kubah masjid tersebut. Kini, masjid tersebut sudah semakin jelas kelihatan apabila air semakin surut.

Menurut akhbar berita The Express Tribune, masjid ini telah wujud sebelum kerja-kerja pembinaan Empangan Phulwaria lagi yang bermula pada tahun 1979. Masjid tersebut dikatakan sudah tidak lagi digunakan sehingga pembinaan empangan itu siap.

Ramai yang mendakwa bahawa masjid ini telah dibina pada awal abad ke-20 juga dianggarkan telah berusia lebih kurang 120 tahun.

Kesimpulan itu dibuat selepas melihat seni bina kubah masjid tersebut yang dilihat lebih tajam dibandingkan dengan kubah yang dibina pada zaman Mughal.

Tonton Video :

Sumber SK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *