Luna Maya

‘Tunggu Di Mahsyar Nanti..’ – Baru Je Ust Ahmad Duzuki Tegur, Sekali Ini Jawapan Ifa Raziah Kpda Pndakwah

Pendakwah terkenal, Ustaz Ahmad Dusuki tampil memberikan teguran terhadap penyanyi dan pengacara, Ifa Raziah disebabkan kenyataannya yang hanya akan bergelek sekiranya diberikan bayaran ketika melakukan sesi live di Tiktok baru-baru ini.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Menurut Ustaz Ahmad Dusuki, setiap mukmin akan disoal di hadapan Allah dari manakah ia mendapatkan harta dan ke mana ia membelanjakan hartanya di jalan Allah.

“Kau Ingat Gelek Di Khalayak Tu Dapat Pahala Ke?”

Ifa berkata, dia keliru apabila segelintir pendakwah begitu lantang memberikan teguran atau komen melibatkan isu selebriti, namun berdiam diri ketika kontroversi menerpa rakan seperjuangan mereka.

Katanya, sebagai pendakwah, mereka seharusnya mengajak orang melakukan kebaikan dan tidak memilih bulu apabila menegur serta menyampaikan ajaran Islam.

“Apabila ada isu tular melibatkan selebriti, laju saja beri komen seolah-olah saya ini penjenayah dan pembunuh. Tetapi, apabila  ada pendakwah yang buat hal, senyap pula.

“Langsung tiada sebarang ulasan mahupun tarbiah yang dikeluarkan di media sosial mereka. Saya hairan mengapa ada sikap prejudis seperti ini.

“Jika ada niat nak berdakwah, janganlah pilih bulu. Buatlah secara menyeluruh. Itu baru betul dakwah yang sebenar,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Ifa, baru-baru ini dikecam ramai, termasuk ditegur pendakwah kerana mempertahankan tindakannya bergelek ketika membuat persembahan.

Penyanyi itu berkata, gelekan itu yang membawa rezeki sehingga ada pihak yang sanggup membayar puluhan ribu ringgit untuk sebuah persembahan.

Dalam pada itu, Ifa berkata, sebagai hamba Allah, dia juga berusaha menjaga hubungan dengan Tuhan. Meskipun dipandang hina manusia, Ifa sentiasa berusaha memperbaiki amalan sebagai bekalan pada kemudian hari.

“Tiada siapa yang tahu kedudukan kita pada mata-Nya. Mereka bercakap seolah-olah duduk serumah dengan saya. Mereka ingat saya free hair, saya tak solat.

“Memang amalan kita tak perlu tunjuk, tapi saya muat naik juga rakaman saya mengerjakan solat sebab geram sangat. Orang kata saya cabar Tuhan, saya ahli neraka. Tapi, saya tidak lupa solat sebaik saja masuk waktu. Saya ingat Allah,” katanya.

Sementara itu, ditanya adakah dia akan memaafkan mereka yang selama ini terus menerus mengecam serta menghinanya Ifa menjawab;

“Maafkan? Tidak. Sekolahkan mereka balik pun tidak. Tunggulah di Padang Mahsyar nanti.”

 

Sumber: utusan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *