Setiap wanita yang sudah berkahwin pasti akan melalui fasa mengandung dan melahirkan anak jika dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata.
Apabila disahkan mengandung, pasti bakal ibu bapa akan merasa teruja namun melahirkan anak bukanlah sesuatu yang mudah. Setiap wanita yang bergelar ibu sudah tentu tidak dapat melupakan pengalaman kontraksi ketika waktu nak bersalin, lebih-lebih lagi jika ia adalah pengalaman pertama.
Sudah tentu tiada seorang lelaki pun yang tahu akan sakit dan peritnya hendak mengeluarkan satu nyawa. Namun di zaman serba moden kini, telah wujudnya satu alat merupakan simulator bagi memberi peluang untuk sesiapa sahaja termasuk lelaki bagi merasai pengalaman hendak melahirkan seorang bayi.
Berkongsi pengalaman pertama kali mencuba alat tersebut, Muhsin Yusni yang merupakan seorang YouTuber memuat naik video di Youtube dan juga TikTok isterinya ketika proses merasai kontraksi.
AMARAN : Anda digalakkan menggunakan earphone.
Ketika proses “hendak bersalin” itu, Muhsin mula menjerit kesakitan walaupun menurut isterinya rasa sakit yang dirasai oleh suaminya itu baru sekejap sahaja.
Sedangkan, realitinya seorang wanita yang hendak bersalin akan merasai kontraksi yang berbeza-beza mungkin sehingga berjam-jam lamanya.
Melihat suaminya itu terus meraung kesakitan, isteri Muhsin hanya tergelak sahaja kerana menganggap keadaan itu menghiburkan.
Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata netizen turut terhibur dan merasa teruja untuk memiliki alat simulator tersebut.
Bagus juga ada alat ini, sekurang-kurangnya kaum lelaki yang telah mencuba sendiri akan tahu macam mana perasaan seorang wanita ketika bertarung nyawa meneran dan menahan kesakitan hendak bersalin.
Jika anda nak tengok video versi pendek sila tekan di bawah. Walau bagaimanapun versi panjang ada disediakan di video bawah.
NAK TENGOK VIDEO PENDEK TEKAN SINI
Jadi dengan pengalaman yang sangat menakjubkan itu, kaum lelaki akan lebih menghargai pengorbanan besar seorang yang bergelar wanita, isteri dan juga ibu.
Memang “salute” dekat kaum wanita, anda semua memang sangat kuat dah tabah! –
Sumber:Cari
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!