Luna Maya

Netizen kecam pemilik Lamborghini, isi minyak RM400 pun nak rakam video?

Umum mengetahui bahawa penggunaan telefon bimbit di stesen minyak boleh terdedah kepada risiko kebakaran sekiranya tidak mematuhi peraturan ditetapkan.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Namun begitu, segelintir individu masih tidak menghiraukan larangan terbabit dengan mengambil gambar atau merakam video sebelum berkongsi di media sosial.

Menerusi satu hantaran akaun @isusemasaviral di laman Twitter, seorang wanita mengundang perhatian warganet apabila dilihat merakam video ketika suaminya mengisi petrol di sebuah stesen minyak.

Selepas suaminya selesai mengisi, wanita tersebut menunjukkan skrin pam yang tertera RM446.90 sebelum mengatakan ia cukup murah dan berbaloi bagi kereta mewah itu.

Bagaimanapun, warganet tidak memandang soal kos petrol murah seperti diperkatakan sebaliknya lebih mengecam tindakan wanita itu yang menggunakan telefon bimbit.

Malah, terdapat juga individu mendakwa wanita terbabit seperti menunjuk-nunjuk selain menyifatkan tiada ‘class’ walaupun bergelar orang kaya.

Tinjauan ke aplikasi TikTok milik wanita berkenaan mendapati video itu dimuat naik pada bulan lalu, namun dia tidak memberi sebarang reaksi terhadap kecaman diterima.

Tonton Video:

 

Sumber: OhMyMedia,Twitter @isusemasaviral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *