Pelakon Aedy Ashraf semalam menimbulkan tanda tanya apabila memuatnaik ciapan di Twitter miliknya berhubung perbualan dirinya bersama Isa Isarb.
Menerusi ciapan tersebut, dapat dilihat Aedy Ashraf yang bersedia untuk berIawan diberikan nasihat oleh Isa Isarb.
Isa Isarb menasihati Aedy Ashraf agar tidak berIawan dengan ‘professional fighter’ Ogos ini.
Dan juga menganjurkan acara perlawanan antara mereka serta bekerjasama dengan beberapa pihak untuk mendapatkan tajaan.
Malah, Isa Isarb menambah bahawa boleh menjemput mereka yang berpengaruh untuk menjayakan acara tersebut.
“Kita nak fight dia, dia nak bg kita nasihat pulak. Anne teh tarik ikat tepi satu..”
Aedy Ashraf yang dianggap bercakap besar, Isa Isarb mahu Aedy berlatih dahulu kerana dikhuatiri kaku ketika berada di ‘ring’.
Sabar la pakcik rambut biru. Sye faham.. ramai nak join event fight lepas tgok logan paul.
Jgn la mengelupur sgt. Sye bnyak lgi urusan nk kene handle. Bgi sye setlekn dulu, tempias mco 3.0 kt syrikat sye.
Awak pegi la training dulu.. biasa org ckp besar mcm awk kaku atas ring.
Hal ini mendapat perhatian warganet dan rata-rata mengungkit kejadian beIasah di futsal sebelum ini.
Malah, para warganet juga mengatakan bahawa sudah seperti Logan Paul dan Floyd Mayweather yang berIawan atas ‘ring’.
Bukan itu sahaja, para warganet juga berharap jika perIawanan tersebut dianjurkan, maka tiada aksi memanggil kawan ‘sekampung’ untuk membalas den dam.
Kasi On Satu Kali
Siap nak masuk Astro 1st tu
Betul ke akan jadi perlawanan epik?
Boleh la masing² start tarining dah
Bagi anda yang tidak tahu, Logan Paul merupakan YouTuber yang telah berIawan dengan petinju profesional dan setiap perIawanannya mendapat perhatian ramai.
Sebelum ini, ins!den beberapa ahli kumpulan YouTuber Isarb didkwa membeIasah seorang individu di pusat futsal berdekatan Pusat Perindustrian Subang.
Ini disebabkan tidak puas hati telah mendapat perhatian ramai. – Sumber dipetik dari The V0cket, Twitter