Luna Maya

Sajat dipergunakan oleh Kmpulan Ubi dlm MLS. lni kata kata Sajat yg dituju khas kpd Ubi Slps nama dia digunakan

Persembahan pertama kumpulan UBI di malam final Muzikal Lawak Superstar 3 (MLS3) yang berlangsung pada Jumaat lalu menerima reaksi daripada usahawan kontroversi, Nur Sajat.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Menerusi TikTok Live, Sajat yang kini menetap di Australia berkata kumpulan itu berani menjadikan dia sebagai bahan untuk persembahan pada malam itu.

Biarpun kumpulan yang menjuarai MLS3 itu tidak menyebut sebarang nama, namun dialog mengenai Australia dan lagu Bobo Dimana dipercayai ditujukan kepadanya.

“Berani mati ya UBI kutuk Sajat… tak tahu lelaki ke perempuan. Kau ini jangan nanti aku buat kau jadi ubi bakar. Mentang-mentang la menang.

“Berani mati kutuk kita dekat Australia ini. Berderau jantung, sabar aja la. Walaupun dia tak sebut nama Sajat, tapi bila dia cakap fasal Australia tu, satu dewan kecoh. Betapa rare Sajat ini.

“Walaupun dia tak sebut nama tapi dia cakap ‘ala kakak kau dekat Australia tu’.

Orang tahu siapa, pasang pula lagu Bobo Dimana, kenal sangatlah. Yang dia nyanyi pula part Sajat,” ujarnya.

Bagaimanpun, Sajat atau Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman memberitahu dia tidak marah dengan persembahan itu malah mengucapkan tahniah atas kemenangan mereka.

“Ala tak kisah la, I tak marah pun… I gurau saja. Congratulations kepada UBI kerana menang.

Tapi kalau I masuk, belum tentu lagi you menang ya,” kata Sajat.

“sajat xmudah melatah..sempoi ja dia,siap doakan yg terbaik lagi untuk UBI…xde nk sentap2 ,marah n saman je keja.” – Sheila

“Aku akan tunggu time dia menyanyi dan gelak jaa…dari situ org tahu dia adlah Muhammad Sajjad” – Keon

“Ada tengok video dia org post, ada org Tanya, bleh x nak kawen dngn jat. dia kata, bleh je, tapi i dapat Bagi cinta je.. ank x dapat. sebab rahim i rosak, masa masuk Thailand aritu, i tersadong. dr ckp rahim jat dah rosak, x dapat beranak.. aduhhhh.. jat oooo jat.. pening aku nak pikir” – Dayang

Sumber Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *