SEPANYOL- Seorang lelaki dilapor maut akibat dirempuh dan ditanduk seekor lembu jantan selepas tanduknya dibakar dalam satu perayaan di Sepanyol.
RAKAMAN ADA DI BAWAH SEKALI
Dilaporkan, kejadian yang mencetuskan panik kepada orang awam itu berlaku pada hari Ahad semasa perayaan keagaman berlangsung di bandar Vallada di Valencia, Sepanyol.
Menerusi video ngeri itu, terdapat beberapa orang awam yang cuba membantu mangsa namun tidak dapat berjaya diselamatkan.
Difahamkan, dua bola bahan mudah terbakar telah diletakkan pada kedua-dua tanduk lembu tersebut menyebabkan tanduknya terbakar.
Kesakitan akibat terbakar dilaporkan menyebabkan lembu tersebut bertindak di luar kawalan dan menyerang mangsa.
Satu penghormatan untuk mangsa yang terkorban dilaporkan telah dibuat di bandar tersebut sejurus selepas itu.
“Perayaan keagamaan seriuslah?..ketua agama diorg tak tegur ke perbuatan diorg tu..kalau turun bala bencana disana aku tak kesian langsung..yang lain bersorak lihat kezaliman..” – Mohd Nuh
“Sbb itu jangan zalim pada makhluk Allah. Pembalasan itu pastu hatta walaupun kita sepak kucing, baling batu pada anjing walhal 2 haiwan tu hanya duduk tak ganggu kita pun. Balasan itu pasti sama ada cash ataupun kita dapat masa kita dah lupa kezaliman kita.” – Nizam
“Yg kau pegi bakar tanduknya…..kenapa. tu sebab dia mengamuk….menyiksa binatang betul” – Salwa
Sumber : Daily Star