Majlis akikah merupakan acara yang seringkali menjadi pilihan buat ibu bapa untuk anak-anak yang baru lahir.
RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI
Dalam Islam, akikah juga merupakan acara sembelihan haiwan yang dilakukan sebagai tanda bersyukur kepada Allah atas kelahiran zuriat yang dikurniakan.
Namun, lain pula ceritanya dengan sebuah majlis akikah yang dihadiri oleh penyanyi Ifa Raziah dan pengsohor media sosial, Kak KM.
Menerusi beberapa video yang tular di platform TikTok, ramai dalam kalangan netizen yang berasa kecewa dan menyifatkan perbuatan mereka itu sebagai tiada adab.
“Mana nak dapat keberkatan dalam majlis akikah ni? Allah.”
“Majlis apa sebenarnya ni? Confuse betul rasa.”
“Majlis akikah dah macam apa tu… dengan Kak KM tergelek-gelek. Allahuakhbar.”
“Kak KM tu aduhai kot ye majlis akikah kot.”
Bertemakan serba putih, isteri Addy Kana juga dilihat menggayakan busana pengantin sambil berjalan memegang jambangan bunga.
Anak pasangan itu ditolak masuk di dalam stroller bayi sebelum acara cukur jambul itu dimulakan. Namun sesudah selesai ia seperti berubah menjadi acara tarian pula apabila ramai berkumpul di tengah dan menari sakan.
Rata-rata netizen di TikTok mengecam tindakan Ifa Raziah dan Kak KM serta menyifatkan mereka tidak menghormati majlis suci seperti itu. Ada yang turut mendoakan agar mereka ini diberikan hidayah suatu hari nanti.
“Majlis akikah majlis yg suci yg sptutny diperrdengar puji²an kpd Allah SWT n Nabi Muhammad SAW bkn ny dicemari dgn perkara ² mungkar dgn pakaian tetamu yg tetdedah sna sini.. Allah akhbar sedih pegangan Islam diperlekehkn oleh umat Islam sendiri..” – Rosminah Daini
“Kalau dah jenis bergedik mcm niiiiiiiii Apa majlis pun x kiralah beragama ke ape keeeerrrr itu orang tetap x sedar diri.Makin berumur makin menjadi.Kalah kelaku budak2 dah aku menengok nyerrr” – Ruzaina
“Nauzubillahhiminzaliq..org jenis ni selagi Allah Tak turun kan bala kepada mereka ..mereka susah nak insaf…” – Rohayu
Sebelum ini, Kak KM pernah menerima teguran daripada netizen selepas tindakannya menepuk punggung beberapa usahawan wanita popular viral di media sosial.
Baru-baru ini, nama pelakon Ifa Raziah menjadi perhatian netizen apabila dia kelihatan sakan bergelek bersama artis lain di sebuah majlis akikah telah mencetuskan kemarahan serta kecaman hebat daripada orang ramai.
Susulan itu, tidak mahu namanya terus menjadi bualan netizen, Ifa atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha tampil menjelaskan situasi sebenar apa yang berlaku pada hari tersebut.
Menurut laporan Kosmo, dia mengatakan majlis itu mempunyai dua acara utama iaitu akikah yang dilakukan pada waktu maghrib hingga isyak dan kemudian bersambung dengan sambutan ulang tahun perkahwinan.
“Saya penyanyi dangdut. Nak nyanyi dangdut kena berdiri tegak ke? Selama 27 tahun menjadi penyanyi, gelek saya itu yang beri saya makan. Kalau saya tak bergelek siapa nak panggil saya buat persembahan,” ujarnya.
Tambah pelakon berusia 47 tahun itu lagi, ahli agama seperti ustaz sudah beredar dari majlis tersebut ketika dia membuat persembahan nyanyian dangdut.
Bukan itu sahaja, dia turut menegaskan tariannya itu hanya perkara kecil dan tidak perlu dibesarkan kerana itu adalah kerjaya yang menampung kehidupannya selama ini.
“Apa masalahnya sekarang? Orang bayar saya berpuluh-puluh ribu untuk menyanyi. Ini cara saya cari makan. Bukannya saya berkelakuan tidak senonoh dan keterlaluan,” jelasnya lagi.
Sebelum ini, pelakon kelahiran Kedah itu menerima kecaman hebat daripada netizen gara-gara dia bergelek di sebuah majlis akikah pasangan keluarga Addy Kanna dianggap tidak sesuai.
Mana tidaknya, aksi tidak senonoh pelakon itu dianggap keterlaluan dan tidak menghormati tujuan sebenar majlis akikah tersebut dilakukan.
Tonton Video:
Sumber: Kosmo (Mohamad Shahemy Azmi), Instagram @ifa_raziah, TikTok @zazarinna