Sejak kebelakangan ini, nama artis versatil Ifa Raziah ‘panas’ apabila menjadi bualan warganet dengan kelakuan dan kenyataan yang dikeluarkannya.
RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI
Terbaharu, selebriti ini menerima kecaman apabila membuat Instagram Live (IG Live) sewaktu sedang mengerjakan solat tahajud.
Tangkap layar foto/ Gempak
“Sebenarnya ibadah ini tak pernah tunjuk tapi saya geram dengan netizen yang mengata dan menuduh saya bukan-bukan,”jelasnya kepada Astro Gempak.
Dalam pada itu, Ifa memberitahu netizen tidak boleh mengadilinya daripada penampilannya sahaja sebaliknya perlu mengenalinya dahulu.
Ifa turut meluahkan kesyukuran kerana tanpa mengunci jam dirinya bangun dikejutkan dengan kasih sayang oleh Allah untuk solat tahajud hampir setiap malam.
“Memang menjadi rutin saya bangun 4.30 pagi untuk tahajud dan seterusnya menunaikan solat Subuh serta mengaji dan berzikir. Saya akan kembali tidur dari jam 8 pagi sehingga 12 tengahari.
Terdahulu, Ifa atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha mendapat kecaman hebat selepas tular videonya bergelek yang dianggap tidak sopan dan mencemarkan kemuliaan majlis agama.
Sumber: Gempak (Syafiqah Jalal)