Luna Maya

“Kau Siapa Nak Sound Aku, Tunggu Aku Serang Kau..” Ifa Raziah Bidas Komen Guru VokaI

Penyanyi senior, Ifa Raziah membidas semula komen seorang guru vokal, Shaffiq Erwin yang menegur teknik yang digunakan oleh penyanyi tersebut di pentas Terpaling Juara.

RAKAMAN VIDEO IFA SOUND ADA DI BAWAH SEKALI

Ifa menerusi komen balas di Instagram guru vokal tersebut menyatakan dia tidak pernah mengenali individu itu dalam industri hiburan.

Komen balas tersebut dikongsikan sendiri oleh Ifa menerusi ruang komen di hantaran Instagram Shaffiq.

“So respect lah sikit kami yg tua ni. Nak compare dengan budak-budak muda memang lah kami tak mampu nak lawan.

“Kau yang muda pun suara tak kemana, aku nak tengok suara kau masa umur kau 50 nanti. Kau tunggu masa tu akan tiba,” jelasnya lagi.

Tambah Ifa, kalau dibandingkan dengan penyanyi remaja, memang tiada daya dan kemampuan untuknya bertanding.

“Aku masuk pertandingan ini suka-suka saja, bukan fasal duit. Setakat RM100,000 itu, aku pun ada.

“Tak payahlah kutuk-kutuk, kita hidup ini santai-santai saja, apa yang masalah sangat pada kau? Kalau aku sumbang dan tersingkir pun, aku tetap Ifa Raziah!” tegasnya membela diri.

Walaubagaimanapun, Shaffiq sekadar membalas komen Ifa dengan mengucapkan semoga maju jaya buat penyanyi itu dan dilihat tidak melayan komen ‘serangan’ dari Ifa Raziah.

Tonton Video : SILA KLIK DI SINI

Sumber Ohbulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *