Luna Maya

Video: Dikecam Sebab Hasilkan Iukisan Wajah AhIi BTS Guna PIastik Sampah, Pemuda Beri Penjelasan Yg Mengejutkan Semua

Dalam dunia K-pop, fandom memiliki peranan yang sangat penting dalam memberi sokongan kepada kumpulan mereka. Hampir semua kumpulan K-pop mempunyai fandom (fans club) dengan nama dan ciri masing-masing.

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Jika korang seorang penggemar kumpulan BTS (Bangtan Sonyeondan), maksudnya korang ialah ARMY. A.R.M.Y yang merupakan singkatan daripada Adorable Representative M.C for Youth ini boleh diterjemahkan sebagai tentera dalam bahasa inggeris.

“Nak berkarya pun kena kecam”

Baru-baru ini, seorang pemuda telah dikecam oleh ARMY BTS kerana menghasilkan potret wajah ahli BTS menggunakan plastik sampah. Dalam perkongsian @edy_art_studio, dia telah memuat naik video di akaun Tiktoknya yang memberi penjelasan kenapa dia hasilkan potret tersebut.

Pemuda yang berasal daripada negara jiran, Indonesia itu telah menjelaskan kenapa dia hasilkan potret wajah dua ahli BTS itu. Menurutnya, dia telah mendapat pesanan daripada pelanggannya yang merupakan salah seorang peminat BTS dari Jakarta untuk membuat potret wajah Kim Seok Jin dan Suga dan membayarnya.

“Banyak lagi potret dia buat”

Katanya lagi, sebagai seorang pelukis, dia harus menerima pesanan daripada pelanggannya secara profesional. Dia juga tidak berniat untuk menghina potret wajah ahli BTS tersebut dalam berkarya.

Edy merupakan seorang artis yang menghasilkan hasil seninya daripada bahan terbuang seperti plastik sampah,abu rokok dan banyak lagi sejak 6 tahun yang lalu. Pelanggannya juga terdiri daripada artis-artis Indonesia dan pejabat pemerintah.

Ady telah memohon maaf kepada ARMY BTS yang terguris dengan hasil seninya. Netizen juga memberi sokongan kepada hasil seninya sedikit sebanyak dapat menjaga ekosistem dan dapat mengurangkan kuantiti sampah yang terbuang.

Semoga Ady dapat terus berkarya dan jangan peduli sangat dengan kecaman orang tu okay!

Tonton video di bawah

 

Apa pendapat anda? Sila kongsikan di bahagian komen.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Ya. Anda Juga Boleh Membaca Artikel Menarik Di Bawah

Sumber LobakMerah, tiktok Ady

Leave a Reply

Your email address will not be published.