Luna Maya

Harapan lsteri Nak HamiI Punah, Doktor Dedahkan Suami Tiada Sperma. Ini Punca Yg Ramai Lelaki Buat

Setiap pasangan yang telah berumah tangga pastinya mahukan cahaya mata bagi melengkapi kehidupan berkeluarga. Walau bagaimanapun, tak semua diberi rezeki cepat dan dapat menimang cahaya mata dalam usia perkahwinan yang masih baru.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Malah, ada yang sanggup berkahwin lain atau menceraikan isteri setelah mendapat tahu isteri mereka sukar hamil selain dituduh mandul.

Dr. Nurul Mutmainah berkata, walaupun hal tersebut sukar untuk diterima namun itulah hakikat sebenar yang tidak boleh diketepikan.

Jelasnya, gaya hidup kurang sihat seseorang boleh menjadi punca ketidaksuburan sehingga menjejaskan penghasilan sperma yang berkualiti seperti merokok.

Perkongsian bersifat pendidikan kesedaran itu menerima pelbagai reaksi di kalangan warganet di mana ramai kesal apabila kaum wanita sahaja perlu disalahkan jika mereka gagal memberikan zuriat. Sedangkan, lelaki juga harus dipersalahkan kerana ia melibatkan dua pihak.

Selain itu, ada yang mengatakan ia agak susah untuk menegur tabiat lelaki yang suka merokok dalam hidup mereka. Tidak kurang juga terdapat warganet mengatakan tindakan suami mengurangkan atau berhenti merokok telah membuatkan mereka mudah hamil dari sebelum ini.

“Kita orang Islam jangan putus asa… Kita ada Allah, Allah Maha memberi pertolongan… Insyallah akan di kabul kan… Doktor hanya mampu buat ujian, Allah yg mengetahu…buat sunat Tahjut mohon dgn Nya..” – Aziz

“Dah tiba masanya ambik anak angkat. Kalau yg laki tu rajinlah bersedekah di masjid wpun seringgit sehari. Semoga rezeki DPT anak semakin dipermudahkan Allah. Aamiin” – Shahrul

“Klu suami dan keluarga baik takpe lah. Ni byk kes lps bertahun kahwin tapi masih belum dikurniakan cahaya mata pertama, suami dan mak dia tuduh isteri tu mandul, ugut nak kahwin lain klu masih mengandung, bila check rupanya suami yg bermasalah, terus isteri disuruh redha dgn ujian tu.” – Rizal

Tonton Video : SILA KLIK DI SINI

Sumber OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *