Luna Maya

VIDEO: Gudang simpanan jongkong emas bernilai RM 1.06 Trillion

Inilah gudang simpanan emas Bank Of England yang dikatakan mempunyai jumlah simpanan jongkong emas bernilai 200 billion pounds sterling atau bersamaan RM1,066,511,600,000.00.

VIDEO DIBAWAH SEKALI

Jongkong emas yang disimpan di sini dengan setiap satunya bersaiz 28lb dan berketulenan 24 karat. Jumlah kesemua jonkong emas itu dikatakan seberat 4,600 tan atau mungkin lebih.

Gudang ini dibina di bawah tanah dengan ketebalan dinding gudang sehingga beberapa meter di bawah jalan raya yang sibuk di London. Ia dikatakan berada di lokasi Old Lady of Threadneedle.

Di mana ibu pejabat Bank of England’s City of London berada. Untuk fakta, apa yang anda saksikan dalam gambar di bawah ini hanyalah satu per dua puluh dari keluasan sebenar gudang emas ini.

Keluasannya adalah lebih besar dari keluasan bangunan tertinggi di London, Tower 42. Bayangkan saja, untuk membuka pintu masuk ke gudang ini, anda memerlukan sebatang kunci yang bersaiz 3 kaki panjang.

Itu belum lagi termasuk pelbagai tahap sekuriti canggih yang ada di situ.

Mesti terbeliak mata korang kan tengok jongkong emas banyak macam ni.

Sumber Google

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *