Luna Maya

Gangguan bekalan elektrik beberapa kawasan, ini penjelasan dari pihak TNB

MEDIA sosial kecoh pada Rabu tengah hari apabila sebilangan besar netizen melaporkan berlaku gangguan bekalan elektrik di kawasan mereka.

Kejadian itu kecoh diperkatakan kerana dipercayai berlaku di banyak kawasan khususnya di ibu negara.

Dalam pada itu, beberapa individu di Negeri Sembilan dan Pahang dan Pulau Pinang turut mendakwa berhadapan kejadian serupa.

Sementara itu, menjengah ke laman rasmi facebook milik TNB Malaysia, pihak TNB memuat naik satu status berkenaan gangguan bekalan elektrik.

Pelanggan yang dihormati,

Ketika ini terdapat gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan.

Pasukan teknikal kami sedang mengenalpasti punca kejadian. Usaha sedang giat dijalankan untuk memulihkan bekalan.

Kami mohon maaf di atas segala kesulitan dialami oleh pengguna semasa gangguan bekalan ini.

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan netizen berkongsi perkara yang sama berlaku di tempat mereka.

Antara suasana sekitar KLCC

 

 

Sumber Mstar, Facebook TNB

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *