Wanita Malu Tiba Terkentut Kuat Dalam Kereta, Keluar Dating Kali Pertama | Pertemuan secara bersemuka boleh menjadi detik yang cukup gemuruh buat dua individu di awal perkenalan..
Bukan sahaja perlu memikirkan baju apa yang perlu dipakai untuk kelihatan cantik atau kacak, malahan cara pembawaan personaliti diri juga sangat penting.
Namun tidak semua perancangan akan berjalan lancar dan demikianlah situasi yang dialami seorang gadis selepas terkentut sewaktu keluar dating kali pertama.

Aku borak-borak lepas tu terkentut kuat gila
Pastinya perkara seperti ini kedengaran cukup lucu bukan? Sukar dipercaya tetapi itulah pengalaman ‘mengaibkan’ yang dilalui oleh gadis tersebut di hari penuh bermakna.
Menariknya, mereka berdua seakan-akan menjadi selesa dengan diri sendiri selepas mampu bergelak ketawa saat dalam perjalanan pulang.
Malang sekali, suasana mesra itu terus bertukar menjadi janggal kerana gadis tadi secara tak sengaja melepaskan angin di perut yang cukup kuat.


Kalau aku jadi lelaki tu, aku kentut sama biar meriah
Walaupun lelaki itu tidaklah memberikan sebarang aksi yang ‘pelik-pelik’ atau menyakitkan hati, gadis berkenaan menjadi insecure mengenangkan hubungan mereka kelak.
Bahkan dia meminta pandangan orang ramai mengenai penerimaan golongan lelaki terhadap situasi awkward sedemikian rupa. Mula dikongsikan semula oleh akaun Twitter @hanifjamals, rata-rata netizen mengakui terhibur mendengar luahan lawak tersebut selain berkongsikan pengalaman sendiri.

Ni kalau jadi kahwin mesti diungkit balik walaupun dah bercucu

skill kentut dia unbeatable sangat kan

Kentut biar ikhlas
No hal. Kan ramai cakap masa bercinta bau kentut pun wangi…
Sumber : ChannelPelik & Twitter hanifjamals