Luna Maya

Empat beranak maut, motosikal masuk laluan bertentangan sebelum bertembung treIer

KOTA TINGGI – Kemalangan yang meragut nyawa empat beranak di Jalan Kampung Semanggar Dalam di sini dipercayai berpunca akibat penunggang motosikal yang gagal mengawal kenderaan sebelum bertembung dengan sebuah treler dari arah bertentangan.

RAKAMAN ADA DI BAWAH SEKALI

Mangsa yang maut ialah penunggang motosikal, Mohamad Suti Yahaya, 39, dan isterinya, Siti Jamaliah Mohd Yatim, 27.

Dua anak pasangan itu, Nur Firman Hadi Abdul Rahman, 5 juga Nurfatihah Jannah berusia 9 bulan maut di lokasi kejadian akibat cedera parah.

Mereka dilaporkan maut di lokasi kejadian akibat cedera parah.

Empat beranak maut, motosikal masuk laluan bertentangan sebelum bertembung treIerEmpat beranak maut, motosikal masuk laluan bertentangan sebelum bertembung treIerEmpat beranak maut, motosikal masuk laluan bertentangan sebelum bertembung treIerEmpat beranak maut, motosikal masuk laluan bertentangan sebelum bertembung treIerEmpat beranak maut, motosikal masuk laluan bertentangan sebelum bertembung treIerEmpat beranak maut, motosikal masuk laluan bertentangan sebelum bertembung treIerEmpat beranak maut, motosikal masuk laluan bertentangan sebelum bertembung treIerEmpat beranak maut, motosikal masuk laluan bertentangan sebelum bertembung treIerEmpat beranak maut, motosikal masuk laluan bertentangan sebelum bertembung treIerEmpat beranak maut, motosikal masuk laluan bertentangan sebelum bertembung treIerEmpat beranak maut, motosikal masuk laluan bertentangan sebelum bertembung treIerEmpat beranak maut, motosikal masuk laluan bertentangan sebelum bertembung treIerEmpat beranak maut, motosikal masuk laluan bertentangan sebelum bertembung treIerEmpat beranak maut, motosikal masuk laluan bertentangan sebelum bertembung treIerEmpat beranak maut, motosikal masuk laluan bertentangan sebelum bertembung treIerEmpat beranak maut, motosikal masuk laluan bertentangan sebelum bertembung treIer

“Sebelum ini, mereka pernah juga terbabit kemalangan, namun hanya cedera.

“Kami pernah menasihati untuk beli kereta, namun mereka memaklumkan tidak apa. Kami kasihankan anak dan isterinya sahaja, tetapi tidak sangka perkara yang kami bimbangkan berlaku hari ini,” katanya.

Rosni berkata, kali terakhir dia bertemu anak sulungnya itu kelmarin, ketika suami isteri itu mengambil anak mereka yang ditumpangkan di rumahnya.

“Ketika mereka ke Negeri Sembilan, mereka menumpangkan dua anak mereka di rumah saya di FELDA Pasir Raja.

“Bila balik, mereka sempat tidur di rumah sebelum pulang ke rumah di Kampung Mawai. Masa itu anak seperti biasa sahaja tiada apa yang pelik.

“Kami bersalaman masa itu cuma bila saya nak cium dia, dia tak mahu,” kata ibu kepada tiga anak itu.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 1.20 petang melibatkan sebuah motosikal jenis Yamaha LC 135 yang ditunggang seorang lelaki bersama isteri dan dua anaknya.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa yang menunggang motosikal dari arah Kota Tinggi menghala ke Kampung Semanggar Dalam gagal mengawal kenderaan ditunggang semasa melalui selekoh dan masuk ke laluan bertentangan.

“Ekoran itu menyebabkan motosikal itu bertembung dengan sebuah treler jenis Hohan yang berada di laluan Kota Tinggi menghala ke Kampung Semanggar Dalam.

“Akibat dari kemalangan tersebut, penunggang dan semua pembonceng motosikal jenis mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan telah meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu treler tidak mengalami kecederaan,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 jika disabitkan kesalahan penjara minimum 5 tahun dan maksimum 10 tahun serta denda Rm20,000 hingga RM50,000 dan hilang kelayakan memegang lesen memandu selama tempoh tidak kurang 5 tahun.

Katanya, pemandu trelee berusia 31 tahun dibebaskan selepas diambil keterangan dimana siasatan lanjut juga mendapati pemandu lori tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan trafik.

“Polis IPD Kota Tinggi menasihatkan orang ramai supaya sentiasa peka dan mematuhi undang-undang serta peraturan-peraturan yang telah ditetapkan demi menjaga keselamatan bersama semasa di jalanraya,”katanya lagi.

Empat beranak maut, motosikal masuk laluan bertentangan sebelum bertembung treIerEmpat beranak maut, motosikal masuk laluan bertentangan sebelum bertembung treIerEmpat beranak maut, motosikal masuk laluan bertentangan sebelum bertembung treIer

sumber Kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *