PETALING JAYA – “Saya ambil keputusan untuk tidak menjelaskan apa-apa (isu buka tudung) kerana mereka (netizen) tidak ingin penjelasan daripada saya.”
RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI
Itu respons penyanyi Elyana berhubung isu buka tudung yang baru-baru ini kecoh diperkatakan ramai.
Enggan membuat sebarang pengakuan tentang imej baharunya, Elyana yang bagaimanapun dilihat tidak lagi memakai tudung ketika ditemui hari ini bertegas setiap penjelasan keluar dari mulutnya juga ibarat sia-sia.
Katanya, netizen sebenarnya tidak mahu ambil tahu tentang dirinya.
“Saya selalu jaga hati dan jiwa orang lain sehingga lupa tentang hati sendiri. Saya akan buat apa yang saya terfikir mahu buat. Baik buruknya, Insya-Allah saya sendiri yang akan tanggung,”
Pada masa sama, Elyana berkata mahu menjadi diri sendiri dan tidak akan berhenti daripada mendoakan kebaikan untuk orang lain.
“Inilah saya. Terima kasih untuk mereka yang mendoakan saya selama ini. Jika anda rasa masih ingin mendoakan saya, saya akan mendoakan balik pada anda.
“Jika anda tidak mahu mendoakan saya, saya tetap akan mendoakan kebaikan untuk anda dan berharap anda tidak merasai dan menanggung apa yang saya alami selama ini,” jelasnya.
Elyana menjadi topik perbualan hangat netizen sejak minggu lalu selepas memuat naik beberapa keping foto tidak lagi memakai tudung.
Foto yang mengundang kejutan besar terhadap pengikut Instagramnya itu seterusnya mencetuskan pelbagai spekulasi, masing-masing berdebat mempersoalkan punca Elyana itu bertindak sedemikian rupa tanpa memikirkan kesan buruk terhadap imejnya.
Paling menarik perhatian ramai ialah apabila salah satu foto dikongsi memaparkan dia memakai baju yang tertulis ‘jadi diriku’.
Tonton Video : SILA KLIK DI SINI
Sumber Kosmo