Luna Maya

Kes culik ejen kosmetik, Polis Thai akhirnya kongsi perkembangan positif. Ini luahan keluarga yg mengejutkan

Tumpat: Genap dua minggu kehilangan ejen jualan kosmetik, Rosnazirah Mohd Naim, keluarga masih meletakkan harapan tinggi agar wanita itu ditemui dengan selamat.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Kakak mangsa ketika dihubungi berkata, kelegaan sedikit terasa apabila dimaklumkan oleh polis penyiasatan terhadap adiknya yang berusia 36 tahun itu ada perkembangan positif.

Menurutnya, apa yang paling menyedihkan bagi mereka sekeluarga adalah keadaan kedua ibu bapa yang sangat terkesan dengan kehilangan Rosnazirah kerana insiden penculikan berlaku di depan mata mereka.

“Kedua mereka semakin hilang selera tapi kami perlu memaksa mereka menjamah makanan terutama emak yang menghidap penyakit buah pinggang tahap lima.

“Selain membuat solat hajat di rumah, ia juga dilakukan di beberapa masjid dan surau sebagai ikhtiar kami dan bantuan daripada orang ramai,” katanya.

Dalam kejadian jam 5.10 petang itu, mangsa dilarikan sekumpulan lelaki dari kediamannya di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu, di sini dengan menaiki kereta jenis Toyota Vios sebelum kenderaan itu ditemukan 10 malam hari yang sama di Kampung Kuala Jambu, Pengkalan Kubor.

Dalam perkembangan sama, Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun baru-baru ini berkata, siasatan terhadap kes itu menunjukkan perkembangan positif.

Tanpa menjelaskan butiran menyeluruh, beliau berkata, pihaknya sedang bekerjasama dan saling berhubung dengan pihak berkuasa Thailand.

Sumber HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *