Laju betul kumpulan Ebit Lew buat kerja, hari sabtu berbincang dengan pihak hospital hari selasa lalu.
Kini sudah sampai dua buah kontena sejuk beku untuk dijadikan tempat simpanan mayat.
“Syukur sangat rasa kami dapat beli 2 buah kontena sejuk beku untuk diberikan kepada Hospital Kepala Batas dan Hospital Sultan Abd Halim Sungai Petani” Ebit Lew
Beliau meluahkan rasa sebak dengan penghargaan yang diberikan oleh pihak hospital kepadanya.
Hari sabtu berbual dengan pihak hospital hari selasa sudah sampai kontena seperti yang diperlukan oleh pihak hospital.
“Berat ujian negara kita kali ini, semoga Allah berikan kekuatan kepada Doktor, nurse, frontliner dan semua petugas KKM.
Allah bagi sembuh pada yang sakit. Semoga Allah mudahkan urusan pesakit dan keluarga” Ebit Lew
Beliau turut memuat naik ucapan terima kasih kepada Polis Diraja Malaysia yang banyak membantu melancarkan operasi ini.
Selain itu beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada team ATMS, kepada kru Kasih Umat bahagian Sungai Petani serta pihak Hospita dan orang ramai yang membantu.
“Terima kasih kepada tuan puan yang bersama kami selama ini, InsyaAllah kita akan cuba bantu dari masa ke semasa” Ebit Lew
Seperti yang kita semua tahu kebanyakan hospital sekarang mengalami kesesakan akibat jumlah pesakit Cvid-19 yang semakin bertambah.
Jumlah kematian juga meningkat memaksa pihak hospital meminta bantuan luar untuk menempatkan jenazah jenazah yang meninggal akibat Cvid-19.
Walaupun sebelum ini terbabit dengan beberapa kontroversi yang cuba dikaitkan dengan beliau.
Namun Ebit Lew dan kumpulannya masih meneruskan pelbagai bantuan kepada masyarakat seperti biasa.
Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini.
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.
Netizen Perasan Sesuatu
Netizen Perasan Ust Makin Steady
Walaupun dikecam, ust tetap bekerja tolong orang tanpa henti tanpa ada rasa pape perasaan.
Susah nak dpt org mcm ni dlm islam surah org Islam kaya..
Bila kaya senang nk tolong ekonomi org2 islam dan bantu org3 islam susah..
Semoga UEL dan team dipermudahkan segala urusan.
Bagi sesiapa yang membaca artikel ni, jom kita semua doakan agar urusan Ebit Lew dipermudahkan segalanya.
Sumber Facebook Ebit Lew
Apa pendapat anda? Sila kongsikan di bahagian komen. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap komen-komen dari anda. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Ya. Anda Juga Boleh Membaca Artikel Menarik Di Bawah