Luna Maya

” Sarah banyak kali tanya pada saya” – Ebit Lew dedah amal kebajikan Siti Sarah ketika masih hidup

PETALING JAYA: Pemergian penyanyi terkenal, Siti Sarah Raissuddin bertemu Pencipta pagi tadi, turut mendapat reaksi daripada pendakwah bebas dan dermawan, Ustaz Ebit Lew.

Menerusi entri Instagram, Ebit menitipkan rasa sedihnya atas kehilangan tersebut dan mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarhamah Siti Sarah atas pemergiannya.

Dalam memberitahu, penyanyi lagu Kesetiaan itu pernah menawarkan diri membantu membayar beberapa rumah sewa golongan miskin.

“Ya Allah sedihnya rasa. Insya-Allah, Shuib , Siti Sarah serta anak-anak semuanya akan bersama kembali dalam syurga Firdaus.

“Sarah banyak kali tanya kepada saya ingin bayarkan sewa beberapa rumah orang miskin yang saya uruskan dan anak yatim yang saya bantu sekolahkan.

“Semoga Allah beri syurga Firdaus padanya. Sabar ya Shuib, Allah sayang. Insya-Allah,” coretnya menerusi Instastory.

Pagi tadi, berita duka itu dikongsi pelawak, Shuib yang kehilangan isteri tercinta, Siti Sarah yang menghembuskan nafas terakhirnya pukul 5.13 pagi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Ustaz Ebit Lew dedah amal kebajikan Siti Sarah ketika masih hidup Membuat ramai sebak

Berita duka itu disampaikan pihak pengurusan penyanyi bersuara emas itu, Indigital Music. Siti Sarah meninggal dunia selepas beberapa hari bertarung nyawa melawan jangkitan Covid-19.

Terdahulu, penyanyi itu juga terpaksa ditidurkan untuk proses pembedahan melahirkan anak dalam kandungan yang berusia tujuh bulan. – UTUSAN ONLINE

KUALA LUMPUR: Bintang seni, Siti Sarah Raisuddin menghembuskan nafas terakhirnya tepat pukul 5.13 pagi tadi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Berita duka itu disampaikan pihak pengurusan penyanyi bersuara emas itu, Indigital Music.

“Dengan berat hati dan berdukacita, kami ingin memaklumkan bahawasanya Siti Sarah Raissuddin telah meninggal dunia pukul 5.13 pagi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

“Terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus memberikan doa serta sokongan kepadanya sejak dimasukkan ke hospital beberapa hari yang lalu.

“Sebarang maklumat lanjut akan disalurkan dari semasa ke semasa. Al-Fatihah,” kata kenyataan itu.

Siti Sarah Meninggal Dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia

Siti Sarah yang juga isteri kepada pelawak, Shuib meninggal dunia selepas beberapa bertarung nyawa melawan jangkitan Covid-19.

Terdahulu, penyanyi lagu malar segar, Kesetiaan itu juga terpaksa ditidurkan untuk proses pembedahan melahirkan anak dalam kandungan yang berusia tujuh bulan.

Semalam Shuib berkata, tahap oksigen Siti Sarah kini menurun kepada 40 peratus.

Sebelum saya masuk sesi siaran langsung ini, doktor baru saja menghubungi saya memaklumkan keadaan Sarah sangat tidak baik.

“Dia punya oksigen tinggal 40 peratus. Doktor sedang berusaha sebaik mungkin,” katanya ketika sesi siaran langsung bacaan Yasin dan doa untuk penyanyi itu.

Shuib dilihat gagal menahan air mata daripada terus mengalir dan meminta agar majlis bacaan Yassin dimulakan dengan segera supaya dapat mendoakan isteri tercintanya.

Bacaan Yassin dan doa itu diketuai oleh Uztaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman.

Lebih 900 orang menyertai bacaan Yassin berkenaan yang sedang berlangsung secara maya ketika ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *