Luna Maya

20 Gambar : Dalam hadapi ujian bertubi² kiri kanan, Ebit Lew tetap meneruskan misi bantuan banjir Yan Kedah, suasananya buat netizen sebak

Semalam, pendakwah terkenal, Ebit Lew telah selesai memberi kenyataan di Bukit Aman hari ini, berhubung siasatan melibatkan gangguan seksual, lapor Bernama.

Memetik Kosmo, beliau menyifatkan dakwaan tersebut sebagai fitnah yang kejam dan melampau serta menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.

“Saya dipanggil untuk membantu siasatan dan menjadi saksi bagi pertuduhan yang dilemparkan terhadap saya.

“Saya serahkan kepada polis untuk siasatan. Ini satu fitnah yang sangat kejam dan melampau,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, Dato’ Sri Abd Jalil bin Hassan mengesahkan telah merakam keterangan percakapan beliau sebentar tadi.

“PDRM mengesahkan telah merakam percakapan Ebit Irawan bin Ibrahim Lew (Ebit Lew) bagi membantu siasatan kes gangguan seksual yang disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini.

“Siasatan akan diteruskan sehingga pihak polis berpuas hati untuk merujuk kes ini kepada Jabatan Peguam Negara bagi mendapat nasihat dan arahan lanjut,” ujarnya.

Berikutan itu, pihak polis meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi dan provokasi supaya kes dapat disiasat dengan telus.

“Orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang penyebaran apa-apa jua bahan yang boleh menjejaskan siasatan pihak polis,” katanya.

Walaupun masih terpalit dengan segala jenis ujian yang menghimpit dirinya, Ebit Lew tetap meneruskan misi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Yan Kedah.

Ziarah dan misi bantuan ke Yan Kedah. Bawa hadiah Tilam dan barang makanan serta sumbangan. Sebak lihat di pusat operasi menyelamat ini lebih 300 orang.

Tadi berjumpa Ketua pengarah Bomba Kedah yang bekerja keras dalam misi ini bersama Bomba, PDRM, APM, Rescue Bencana Malaysia, dan Ngo lain yang dari awal membantu.

Masjid Jamek Yan dan Sekolah Kebangsaan Hj Nyak Gam menjadi tempat tumpuan NGO membantu. Sekolah habis semua komputer,alatan, meja, perabot,sehingga semua cakap sama semua pakaian habis sampai tiada pakaian dalam.

Ramai yang cuma dapat selamatkan diri je. Perabot dan barang elektrik semua habis. Sedih lihat mereka. Berat ujian.

Petugas bertungkus lumus mencari mangsa banjir. Belum pernah terjadi sebesar ini kata mereka. Kami bersama team Masjid Jamek Yan dan Masjid Ahmadiah bawa sedikit bantuan dan sumbangan buat petugas disini.

Semoga menjadi asbab kebaikan.

Misi bantuan tersebut teramatlah memberi kelegaan terhadap mangsa banjir yang terjejas teruk akibat fenomena kepala air di Gunung Jerai.

Netizen mengucapkan kata-kata semangat buat Ebit di ruangan komen posting tersebut.

Berikut merupakan suasana yang sempat diambil oleh jurugambar Team Ebit Lew ketika memberi bantuan kepada penduduk yang terjejas.

Sumber Facebook Ebit Lew

Leave a Reply

Your email address will not be published.