Teluk Intan: Dua kanak-kanak yang juga pelajar Darjah 5 maut selepas tercanpak akibat motosikal yang ditunggang serta dibonceng mereka dilanggar sebuah lori dan kereta di Parit 7A Sungai Manik, di sini.
RAKAMAN ADA DI BAWAH SEKALI
Dalam kejadian sekitar 12 tengahari , dua kanak-kanak terbabit berusia 11 tahun yang difahamkan adalah sepupu dan masing-masing adalah penunggang dan pembonceng motosikal jenis Honda Ex5, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
“Akibat kemalangan, penunggang dan pembonceng motosikal itu tercampak ke tengah jalan dan mengalami kecederaan parah di kepala serta disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pembantu perubatan Hospital Teluk Intan.
“Punca kemalangan adalah disebabkan penunggang motosikal cuai keluar simpang (kerana) tidak berhenti,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya lagi, nahas bagaimanapun tidak mengakibatkan sebarang kecederaan terhadap pemandu lori iaitu lelaki berusia 43 tahun dan pemandu Proton Waja iaitu lelaki berusia 29 tahun.
Katanya, siasatan kes diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Difahamkan, dua kanak-kanak terbabit adalah sepupu yang seorang daripadanya iaitu penunggang menetap dan bersekolah di Klang, Selangor manakala seorang lagi iaitu pembonceng berasal dari Labu Kubong, Chenderong Balai, di sini.
Penunggang, difahamkan sedang balik bercuti ke kampung di Labu Kubong untuk berjumpa sepupunya itu sempena musim cuti sekolah.
Sumber BH