BENTONG – Dua beranak kehilangan duit simpanan mereka dalam akaun bank keseluruhan berjumlah hampir RM12,000 selepas mendakwa menekan satu pautan iklan kerja berkaitan perkhidmatan mencuci rumah.
“Mereka kemudian memberitahu akan membuat semakan. Saya rasa tidak sedap hati dan terus memeriksa akaun sendiri dan milik ibu saya. Kami berdua hilang duit,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurut Nurul Azilawati, hasil semakan mendapati sebanyak RM500 dalam akaunnya dipindahkan untuk transaksi Touch’ n Go sedangkan dia tidak berbuat demikian bahkan tiada menerima notifikasi TAC.
“Saya periksa akaun ibu dan mendapati ia digunakan untuk empat pemindahan melibatkan dua transaksi sebanyak RM10,000 atas akaun seorang lelaki dan selebihnya dua transaksi berjumlah RM1,300 untuk Touch’ n Go,” katanya yag merupakan peniaga kuih.
Secara keseluruhan ibunya kehilangan wang sebanyak RM11,300.
Anak beranak itu membuat laporan polis pada hari sama.
“Sedih sangat sebab duit saya itu hendak digunakan sebagai modal meniaga manakala duit ibu pula hasil simpanan pencen miliknya,” katanya lagi.
Dalam pada itu Nurul Azilawati berkata, dia membuat laporan kepada pihak bank yang memaklumkan perkara tersebut dalam siasatan.
“Penat memikirkan hasil kerja keras selama ini tiba-tiba hilang dengan begitu saja,” katanya.
“Makin menjadi2 kes hilang duit dr bank.. Maknanya bank bukan lg tpt yg selamat utk simpanan.. Jika hilang duit dari bank pun bukan bank nak bertanggungjwp ke apa.. Haissshhh” – Kata Norliza
“Ptg td sy pon kena..tetiba dpt sms usd59.00 sudah dicas….terus call bank dan pendekkan cerita bank terus block kad tu..bank cakap kad ni dh buat payment utk syrkt luar negara.. skrg tgu kad baru ja lah dan bank janji akan refund balik dlm tempoh sekian²..” – Seli Mendika
“Sbnrnya, dari akaun ke akaun kn boleh kesan perpibdahan duit.. jadi mana fungsi pihak bank dan pihak keselamatan kita.. sekiranya ada seseorg tu kena tipu, takan biarkn begitu sahaja..hmm…” – Doning Don
Sumber SH