Luna Maya

“Lampu isyarat rosak..” Dua beradik perempuan meninggal dunia kemalangan motosikal dirempuh kereta

SUNGAI PETANI: Dua beradik perempuan meninggal dunia ketika dalam rawatan kecemasan, akibat cedera parah selepas motosikal ditunggang mereka terbabit dalam nahas dengan sebuah kereta di persimpangan Jalan Sungai Layar Hujung, tengah hari semalam.

Dua beradik itu cedera parah selepas motosikal dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat Jalan Sungai Layar Hujung, dekat sini.

Siasatan awal polis mendapati motosikal dua beradik itu dalam perjalanan dari Sungai Layar menuju ke Semeling, manakala kereta dipandu seorang guru wanita berusia 54 tahun dari Sungai Jagung menghala Laguna, Merbok.

Ketika tiba di persimpangan terbabit, pemandu kereta dan penunggang motosikal tidak berhenti atau memperlahankan kenderaan masing-masing ketika melewati lampu isyarat itu menyebabkan pelanggaran berlaku di antara dua kenderaan berkenaan.

Difahamkan, ketika kejadian lampu isyarat terbabit mengalami kerosakan.

Salam takziah
Al-fatihah (dibaca)
بِسْم ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞ صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞ امين

Semoga Allah terima segala amalan arwah dan mengangkat darjatnya disisi Allah,
Semoga pemergian arwah menjadi kerehatan sebenar dari urusan dunia,
Semoga dilindungi dari seksa kubur dan semoga roh arwah ditempatkan dikalangan para solehah,

Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad.
Amiin Amiin Amiin..

Ucapan Takziah Kematian
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman…. Aaamiin Ya Robbal Aalamiin..

Sumber BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *